INFORMASI KESELAMATAN YANG PENTING
Untuk mengurangkan risiko berlakunya kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan:
Sila baca semua arahan dengan teliti sebelum menggunakan perkakas ini dan disimpan
untuk rujukan kelak. Jika anda serahkan perkakas ini kepada pihak ketiga, pastikan
disertakan bersama buku panduan ini.
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun dan ke atas, dan orang yang
kurang upaya fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberikan pengawasan atau arahan penggunaan perkakas ini dengan cara yang
selamat dan memahami tentang kebahayaan yang terlibat.
Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan perkakas ini.
Kerja pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan.
Cabut plag perkakas dari soket sesalur apabila ia tidak diguna, dipindah atau sedang
memasang penapis, aksesori, bekas debu dan sebelum membersihkan mana-mana bahagian
daripada perkakas ini.
Apabila mencabut plag, sila pegang bahagian plag dan bukan tarik kord kuasa.
Jangan rendamkan badan pembersih vakum atau kord elektrik atau plag di dalam air atau
cecair.
Jangan gunakan perkakas ini di luar rumah dengan cuaca yang lembap atau basah
Jangan gunakan perkakas ini di dalam rumah yang berkeadaan lembap atau basah.
Jangan gunakan alat tambahan atau aksesori yang bukan disyorkan oleh pengeluar.
Perkakas ini adalah untuk kegunaan di rumah. Jangan gunakan perkakas ini untuk apa-apa
tujuan yang tidak dinyatakan di dalam buku panduan ini.
Tiada sebarang bahagian pada perkakas ini boleh dibaiki oleh pengguna. Penanggalan atau
pembaikpulihan yang tidak dibenarkan akan menyebabkan jaminan ini tidak sah.
Jika kord bekalan kuasa sudah rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang atau ejen
perkhidmatan atau orang berkelayakan yang seumpamanya bagi mengelakkan kebahayaan.
Semua kerja pembaikan termasuk penanggalan atau pemasangan mana-mana bahagian
(selain daripada yang dinyatkan secara khusus dalam buku panduan ini), hendaklah
dilakukan oleh orang berkelayakan atau pusat perkhidmatan yang diluluskan.
Jangan gunakan alat tambahan atau aksesori yang tidak disyorkan oleh pengilang. Ia
mungkin mengakibatkan kerosakan atau kecederaan.
Summary of Contents for MVC-13M-B
Page 2: ......