Panduan Pengguna Pembersih Vakum MVC-13M-B
Keluarkan perkakas dari bungkusan dan pemasangan
Jangan sambungkan atau tanggalkan mana-mana aksesori sama sekali apabila pembersih
vakum ini dihidupkan.
Keluarkan pembersih vakum dari bungkusan
Tanggalkan semua pembalut pada perkakas dan aksesori. Simpan bungkusannya. Jika anda
ingin melupuskannya, sila mematuhi mana-mana peraturan kitar semula.
Kenal pasti komponen pembersih vakum melalui ilustrasi pada halaman sebelumnya. Jika
didapati mana-mana komponen hilang atau rosak, sila hubungi kedai Tesco yang
berhampiran untuk dapatkan bantuan. Sila sediakan resit anda ketika membuat panggilan.
1.
Sambungkan dan tanggalkan hos dengan pembersih vakum
Untuk menyambungkan hos: Tolak kolar ke dalam lubang pada Inlet Hos dan pastikan kolar
dipasang kemas di tempatnya.
Untuk menanggalkan hos: Tekan selak spring di tepi kolar dan keluarkan hos.
2.
Sambungkan pemegang hos dengan tiub pemanjangan
Anda boleh gunakan pembersih vakum ini dengan hanya menggunakan hos atau dengan
tiub pemanjangan dipasang pada pemegang hos. Untuk menyambung tiub pemanjangan,
tolak tiub pemanjangan ke dalam pemegang hos - ia hanya dapat dipasang dengan satu cara.
Tiub boleh ditanggalkan dengan cara menarik ia keluar.
3.
Sambungkan berus lantai
Tolak berus lantai pada hubung hos pemanjangan (atau secara langsung pada pemegang
hos jika anda tidak perlu gunakan tiub pemanjangan).
Summary of Contents for MVC-13M-B
Page 2: ......