Jika disyaki tersumbat oleh kotoran: Matikan suis dan cabut plag pembersih vakum dengan
serta-merta. Kosongkan debu, periksa semua penapis dan membersihkannya.
Jika tindakan tersebut tidak dapat menghilangkan kotoran: Periksa hos, tiub pemanjangan
dan aksesori dan hapuskan apa-apa kotoran dengan kayu atau pemegang penyapu.
Apabila tamatnya proses memvakum:
• Matikan sius, cabut plag pembersih vakum dan gulung semula kord kuasa.
• Kosongkan bekas debu dan bersihkan penapis bekas debu.
Kosongkan Bekas Debu
Kosongkan bekas debu secara berkala semasa dan selepas memvakum untuk mengekalkan
kecekapan prestasi pembersihan. Paras maksimum kotoran tercapai apabila kotoran di
dalam bekas mencapai tanda MAX pada Bekas Debu. Anda harus kosongkan debu sebelum
ia mencapai paras MAX. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menjejaskan kecekapan
pembersih vakum.
Matikan pembersih vakum dan cabut plagnya.
Tekan pelepas bekas debu dan tanggalkan bekas debu dari pembersih vakum secara
berhati-hati.
Summary of Contents for MVC-13M-B
Page 2: ......