Sebelum diguna buat pertama kali
Rendam periuk tanah liat di dalam air sejuk
semalaman sebelum gunakannya buat kali
pertama. Air mesti meliputi seluruh periuk
dan penutup. Bilas periuk tahan liat di
bawah air yang mengalir.
Cara mengguna periuk tanah liat
— Sebelum makanan disedia, periuk dan
penutup mesti direndam di dalam air
sejuk, sekurang-kurangnya 30 minit.
— Periuk tanah liat ini buatan tanah liat
merah tanpa glasair, bahan berliang
yang menyerap cecair. Apabila periuk
panas, wap akan dilepaskan, bermakna
makanan tidak akan kering atau perlu
disapu minyak. Ini bermakna makanan
boleh dimasak dengan sedikit, atau
tidak ada lemak atau minyak langsung.
Masakan tidak perlu diperangkan
sebelum dimasukkan ke dalamnya. Agar
makanan agar lebih berseri, tanggalkan
penutup semasa 10-15 minit terakhir
memasak.
— Periuk tanah liat sensitif pada perubahan
suha yang ketara.
— Oleh itu, sentiasa tempatkan periuk
dan makanan yang lembap di dalam
ketuhar yang sejuk. Tetapkan suhu
yang diperlukan dan panaskan ketuhar.
JIka anda guna ketuhar gas, mula-mula
tetapkan suhu lebih rendah daripada
yang tercatit di dalam resipi. Selepas 10
minit, tingkatkan suhu kepada suhu yang
tercatit. Memandangkan suhu mungkin
berbeza-beza antara ketuhar-ketuhar,
periksa beberapa kali untuk memastikan
makanan betul-betul masak. Dengan
cara ini anda akan tahu masa masakan
ini dimasak sebenarnya
Pembersihan
Bersih periuk tanah liat selepas ia sejuk.
Rendam di dalam air suam dan bersihkan
dengan berus pinggan. Jangan guna bahan
pencuci pinggan mangkuk memandangkan
tanah liat ialah bahan berliang dan akan
menyerap masuk bahan pencuci tersebut.
Selepas dibasuh, tinggalkan periuk untuk
dikeringkan dengan sempurna, cth. di dalam
ketuhar yang dingin.
Selepas diguna, periuk tanah liat akan
bertukar ke rona yang lebih gelap. Ini tidak
akan menjejaskan mutu periuk dalam apa
cara sekali pun disebabkan ia buatan bahan
semula jadi.
Penting!
Jangan tuang air sejuk ke dalam periuk
tanah liat yang panas atau tempatkan periuk
tanah liat panas di atas tempat yang sejuk,
kerana kejutan suhu akan merekahkan
tanah liat. Sentiasa guna pemegang
periuk ketika mengalih periuk panas, dan
tempatkannya di atas sangga periuk.
Periuk tanah liat hanya boleh diguna di
dalam ketuhar. Jangan tempatkannya di atas
tungku panas, hob gas atau api terbuka.
Periuk dan penutup mesti dibersih dan
dikeringkan dengan sempurna sebelum
disimpan. Simpan periuk dengan penutup
di sisi bukan di atas periuk. Pastikan
udara boleh beredar untuk mengelakkan
kelembapan dan kulapuk.
BAHASA MALAYSIA
36
Summary of Contents for ANVANDBAR
Page 1: ...ANV NDBAR...
Page 2: ......
Page 24: ...30 10 15 10 24...
Page 26: ...30 10 15 10 26...
Page 27: ...30 10 15 10 27...
Page 31: ...30 10 15 10 31...
Page 32: ...10 10 15 10 32...
Page 33: ...30 10 15 10 33...
Page 34: ...30 10 15 10 34...
Page 37: ...37 30 10 15 10...
Page 38: ...30 10 15 10 2 3 38...
Page 39: ......