BAHASA MELAYU
THAILAND
–
43
–
• Jangan gunakan alat ini sebagai tempat menyimpan makanan, haiwan dan
tumbuhan, peralatan canggih, barangan seni dan ubat-ubatan.
• Jangan sentuh suis bekalan kuasa dengan tangan yang basah untuk mengelakkan
kejutan elektrik.
• Jika beroperasi bersama peralatan pembakaran, pastikan udara segar sentiasa
beredar masuk untuk membekalkan oksigen yang cukup.
• Jangan halakan udara yang keluar dari penyaman udara ini ke arah peralatan
pembakaran kerana akan menyebabkan pembakaran tidak lengkap.
• Sentiasa pastikan alat pemasangan adalah kukuh dan tiada kerosakan untuk
mengelakkan unit luar bilik daripada terjatuh.
• Jangan pancurkan air ke atas penyaman udara semasa membersihkannya
kerana mungkin mengakibatkan berlakunya litar pintas.
• Jangan gunakan aerosol atau penyembur rambut berdekatan dengan unit dalam
bilik. Bahan kimia ini boleh melekat pada sirip pertukaran kepanasan dan
menyekat penyejatan pengaliran air kepada pan pengaliran. Air akan jatuh pada
kipas tangential dan menyebabkan air menyimbah dari unit dalam bilik.
• Sila padamkan suis dan cabutkan plag semasa membersihkan penyaman udara
kerana kipas dalam penyaman udara yang berpusing dengan laju boleh
mencederakan.
• Jika tidak menggunakan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang, sila
cabutkan plag demi keselamatan.
• Jangan berdiri di atas unit luar bilik atau meletakkan beban di atasnya.
• Jangan letakkan bekas yang mengandungi air (seperti pasu bunga) kerana jika
air tertumpah ke dalam unit, ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
• Jangan letakkan haiwan atau tumbuhan di tempat angin bertiup keluar kerana akan
mendatangkan kesan buruk terhadap haiwan atau tumbuhan.
• Jangan pasangkan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang semasa pintu dan tingkap
terbuka (kelembapan dalam bilik melebihi 80%), serta semasa pengawal aliran udara hala ke
bawah atau pengawal aliran udara beroperasi secara automatik. Jika tidak, air akan
terkondensasi pada pengawal aliran udara mendatar dan akan menitis ke bawah dan membasahi
perkakas rumah.
• Jika terdapat sumber haba yang melebihi kapasiti penyaman udara (terdapat terlalu ramai
orang atau menggunakan alat pemanasan), suhu dalam bilik tidak akan mencapai suhu yang
ditetapkan.
“OFF”
“OFF”
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DALAM PENGENDALIAN
P
E
R
H
A
T
I
A
N
RAS18EX9G_BM(41-50).p65
3/8/07, 2:49 PM
43