
11
Untuk keselamatan anda
ms
Untuk keselamatan anda
Sebelum penggunaan, sila baca arahan ini dengan teliti untuk
membiasakan diri dengan arahan penting tentang keselamatan dan
pengendalian peralatan ini.
Jika arahan bagi penggunaan peralatan yang betul tidak dipatuhi,
liabiliti pengeluar bagi apa-apa kerosakan yang terjadi akan
dikecualikan. Peralatan ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi
rumah biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan
bukan perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian termasuklah,
contohnya penggunaan dalam dapur pekerja di kedai, pejabat,
pertanian dan perniagaan komersial yang lain, dan juga digunakan
oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan tempat kediaman
yang serupa.
Guna peralatan untuk memproses kuantiti makanan yang biasa untuk
kegunaan domestik.
Peralatan ini hanya sesuai untuk memotong atau mengadun
makanan.
Ia tidak boleh digunakan untuk memproses objek atau bahan lain.
Sila simpan Arahan pengendalian di tempat yang selamat.
Jika peralatan diserahkan kepada pihak ketiga, Arahan pengendalian
hendaklah sentiasa disertakan.
Arahan keselamatan umum
A
Risiko kejutan elektrik
Peralatan tidak harus digunakan oleh kanak-kanak. Peralatan dan
kord kuasa mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
Peralatan boleh digunakan oleh orang yang kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, jika
mereka telah diberi penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan
peralatan dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami
bahaya yang terlibat.
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan peralatan.
Tahniah kerana membeli peralatan Bosch
baru anda.
Dengan ini, anda telah memilih peralatan
domestik yang moden dan bermutu tinggi.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut
tentang produk kami di halaman web kami.
Kandungan
Untuk keselamatan anda ............................11
Gambaran keseluruhan ............................. 14
Pengendalian ............................................. 14
Pembersihan .............................................. 17
Penyelesaian masalah ............................... 18
Resipi dan tip ............................................. 18
Arahan tentang pelupusan ......................... 19
Syarat-syarat waranti ................................. 19