Bahasa Melayu 29
Panduan memasak
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Ayam Itik
Kepingan Ayam
500 g (2 keping)
180 W
14-15
Seekor Ayam
1200 g
180 W
32-34
Arahan
Mula-mula, letakkan kepingan-kepingan ayam dengan bahagian kulit
di bawah dahulu, seekor ayam bahagian dada di bawah dahulu di atas
pinggan seramik yang leper. Balut bahagian-bahagian yang lebih nipis
seperti kepak dan bahagian hujung dengan kerajang aluminium.
Balikkan selepas separuh masa mencair beku!
Biarkan selama 15-60 minit.
Ikan
Filet Ikan
200 g
180 W
6-7
Seekor Ikan
400 g
180 W
11-13
Arahan
Letakkan ikan sejuk beku di tengah-tengah pinggan seramik yang leper.
Atur bahagian-bahagian yang lebih nipis di bawah bahagian-bahagian
yang lebih tebal. Balut hujung sempit filet dan ekor ikan menggunakan
kerajang aluminium. Balikkan selepas separuh masa mencair beku!
Biarkan selama 10-25 minit.
Buah-Buahan
Beri
300 g
180 W
6-7
Arahan
Selerakkan buah di atas bekas kaca yang bulat dan leper (dengan garis
pusat yang besar). Biarkan selama 5-10 minit.
Mencair Beku
Gelombang mikro adalah cara yang sangat baik untuk mencair bekukan makanan sejuk beku.
Gelombang mikro mencair bekukan makanan sejuk beku dengan lembut dalam masa yang
singkat. Ini boleh merupakan satu kelebihan besar, jika tetamu yang tidak dijangka tiba-tiba
muncul.
Ayam itik sejuk beku mesti dinyahsejuk beku keseluruhannya sebelum dimasak. Tanggalkan
sebarang ikatan logam dan keluarkan ia dari sebarang bungkusan untuk mengetuskan cecair
nyahsejuk beku.
Letakkan makanan sejuk beku itu di atas bekas tanpa penutup. Balikkan separuh jalan, tuskan
sebarang cecair yang ada dan buang sebarang hati, jantung dan hempedal secepat mungkin.
Periksa makanan itu sekali-sekala untuk memastikan bahawa ia tidak terasa hangat.
Jika bahagian-bahagian makanan sejuk beku yang lebih kecil dan lebih nipis mula menghangat,
ia boleh dilindungi dengan membalutnya dengan kepingan kerajang aluminium yang kecil semasa
mencair beku.
Sekiranya ayam itik mula menghangat di permukaan luarnya, hentikan proses menyahsejuk beku
dan biarkannya selama 20 minit sebelum meneruskan. Biarkan ikan, daging dan ayam itik untuk
menyelesaikan proses mencair beku. Masa biar untuk menyelesaikan proses mencair beku akan
berubah-ubah bergantung kepada kuantiti yang dicairbekukan. Sila rujuk kepada jadual di bawah.
Petunjuk:
Makanan yang leper mencair beku dengan lebih baik daripada makanan yang tebal
dan kuantiti yang lebih kecil memerlukan masa yang lebih singkat daripada kuantiti
yang lebih besar. Ingat petua ini semasa menyejuk beku dan mencair beku makanan.
Untuk mencair beku makanan sejuk beku dengan suhu kira-kira -18 hingga -20 °C, gunakan
jadual berikut sebagai panduan.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Daging
Daging Cincang
250 g
500 g
180 W
6-7
9-12
Stik Babi
250 g
180 W
5-7
Arahan
Letakkan daging di atas pinggan putar. Balut bahagian-bahagian tepi
yang lebih nipis dengan kerajang aluminium. Balikkan selepas separuh
masa mencair beku! Biarkan selama 15-30 minit.
MS30T5018AK_SP_DE68-04598C-00_MS+ZH+EN.indb 29
3/2/2020 2:28:14 PM
Содержание MS30T5018A Series
Страница 35: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 14 PM ...
Страница 37: ...微波炉 用户手册 MS30T5018A MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 1 3 2 2020 2 28 17 PM ...
Страница 71: ...备忘录 MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 22 PM ...
Страница 73: ...Microwave Oven User manual MS30T5018A MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 1 3 2 2020 2 28 24 PM ...
Страница 107: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 30 PM ...