Arahan keselamatan
6
Bahasa Melayu
Ar
ahan k
eselamat
an
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
• Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
• JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas
digunakan.
• Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting
: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak
tidak boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh
rosak.
• Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan.
Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
• Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
• Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang
mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan
bukan semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan
atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan
bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk
kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi
dengan bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang
disebabkan oleh penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya,
sentiasa pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
ME731K-M_XSM_DE68-04491A-00_MS+ZH+EN.indb 6
2017-04-20 8:39:42
Содержание ME731K
Страница 30: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 00 ...
Страница 31: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 00 ...
Страница 33: ...微波炉 用户手册 ME731K ME731K M ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 1 2017 04 20 8 40 09 ...
Страница 62: ...备忘录 ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 29 ...
Страница 63: ...备忘录 ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 29 ...
Страница 65: ...Microwave Oven User manual ME731K ME731K M ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 1 2017 04 20 8 40 38 ...
Страница 94: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 58 ...
Страница 95: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 58 ...