4
MA
Langkah-langkah Keselamatan (sambungan)
•
Berhati-hati apabila mengendalikan bekas selepas memanaskannya. Kulit
anda mungkin melecur sekiranya bekas itu terlalu panas.
•
Ambil langkah berhati-hati bila memanaskan minuman dan makanan bayi.
•
Wujud risiko didihan membuak-buak yang lambat berlaku.
•
Untuk mencegah didihan yang lambat berlaku dan kemungkinan kulit anda
melecur, anda harus meletakkan sebatang sudu atau batang kaca ke dalam
minuman dan kacau, sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
Sebab:
Semasa memanaskan cecair, takat didih boleh jadi lambat berlaku;
ini bermakna bahawa didihan yang membuak-buak boleh bermula
selepas bekas itu dikeluarkan dari ketuhar. Kulit anda mungkin
melecur.
•
Sekiranya kulit melecur, ikuti panduan pertolongan cemas yang berikut:
*
Benamkan bahagian yang melecur itu di dalam air sejuk selama sekurang-
kurangnya 10 minit.
*
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
*
Jangan bubuh apa-apa krim, minyak atau losyen.
•
JANGAN SEKALI-KALI mengisi bekas hingga penuh dan pilih bekas yang
bahagiannya lebih lebar daripada bahagian bawahnya untuk mengelakkan
cecair daripada mendidih keluar. Botol yang berleher sempit juga boleh
meletup kalau terlampau panas.
•
SENTIASA periksa suhu makanan atau susu bayi sebelum mcmberinya
kepada bayi.
•
JANGAN SEKALI-KALI memanaskan botol bayi dengan puting dipasang
padanya, kerana botol mungkin meletup sekiranya terlalu panas.
9.
Berhati-hati agar tidak merosakkan kabel kuasa.
•
Jangan benamkan kabel kuasa atau palam di dalam air dan jauhkan kabel
kuasa daripada permukaan yang panas.
•
Jangan kendalikan peralatan ini sekiranya kabel kuasa atau palamnya rosak.
10. Berdiri sejauh dua kaki dari ketuhar sebelum membuka pintunya.
Sebab:
Udara atau wap panas yang dibebaskan boleh melecurkan kulit.
11. Pastikan bahagian dalam ketuhar sentiasa bersih.
Sebab:
Remah-remah makanan atau percikan minyak yang melekat pada
dinding atau lantai ketuhar boleh mengakibatkan kerosakan cat dan
mengurangkan kecekapan ketuhar itu.
12. Anda dapat mendengar bunyi "Klik" sewaktu ketuhar sedang beroperasi
(terutama apabila ketuhar Anda mulai sejuk).
Sebab:
Bunyi tersebut adalah normal bila aliran elektrik dipasang.
13. Apabila ketuhar gelombang mikro beroperasi tanpa sebarang muatan, kuasa akan
terputus secara automatik untuk keselamatan. Anda boleh mengguna ketuhar
seperti biasa selepas membiarkannya selama lebih 30 minit.
PANDUAN KESELAMATAN YANG PENTING
Semasa memasak, anda mesti melihat ke dalam ketuhar dari semasa ke semasa
apabila makanan dipanaskan atau dimasak di dalam bekas-bekas pakai buang yang
diperbuat daripada plastik, kertas atau bahan-bahan mudah terbakar yang lain.
MUSTAHAK
Anak-anak kecil tidak harus SEKALI-KALI dibenarkan menggunakan atau bermain
dengan ketuhar gelombang mikro. Mereka juga tidak harus dibiarkan berseorangan
berhampiran ketuhar gelombang mikro semasa ia sedang digunakan. Barang-barang
yang menarik minat kanak-kanak tidak harus disimpan atau disembunyikan di atas
ketuhar.
Memasang Ketuhar Gelombang Mikro Anda
Letakkan ketuhar anda di atas permukaan yang rata dan cukup kuat
untuk menampung berat ketuhar itu.
☛
JANGAN SEKALI-KALI
menghalang lubang udara kerana ketuhar
akan menjadi terlalu panas dan mati sendiri secara automatik.
☛
Untuk keselamatan diri anda, gunakan kabel pada soket terbumi
3-pin, 230 Volt, 50Hz. Sekiranya kabel kuasa alat ini rosak, ia
mesti digantikan dengan kabel khas. Hubungi pengedar tempatan
anda untuk menggantikannya.
☛
Jangan
pasang ketuhar gelombang mikro dalam persekitaran
yang panas dan lembap seperti di sebelah ketuhar tradisional
atau penyinar (radiator). Spesifikasi bekalan kuasa ketuhar mesti
dipatuhi dan sebarang kabel sambungan yang digunakan
mestilah daripada piawai yang sama dengan kabel kuasa yang
dibekalkan bersama-sama ketuhar. Lap bahagian dalam dan
pintu kedap dengan kain lembap sebelum menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda buat pertama kali.
1.
Apabila anda memasang ketuhar anda, pastikan terdapat
pengalihudaraan yang mencukupi untuk ketuhar anda
dengan meninggalkan ruang sekurang-kurangnya 10 cm
(4 inci) di belakang dan di tepi ketuhar, dan sekurang-
kurangnya 20 cm (8 inci) di atas ketuhar.
2.
Keluarkan semua bahan pembungkusan di dalam ketuhar.
Pasangkan gelang pengguling dan pinggan putar.
Periksa untuk memastikan pinggan putar berputar dengan
lancar.
3.
Ketuhar gelombang mikro ini harus diletakkan di tempat
yang sesuai supaya soket kuasa elektriknya dapat
dijangkau.
20 cm
di atas
10 cm di
belakang
10 cm
dari tepi
tX^XZuthUGGwG[GG{ SGt GX\SGYWWZGGXXa\\Ght
Содержание M1713N
Страница 9: ...M1713N 2 2 2 3 3 4 5 5 5 6 6 6 6 6 7 8 8 M1713N_CT fm Page 1 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 10: ...2 CT 1 2 3 1 2 3 4 5 1 4 2 3 5 M1713N_CT fm Page 2 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 11: ...3 CT a b c 1 2 3 d 1 2 3 4 5 6 7 8 20 M1713N_CT fm Page 3 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 13: ...5 CT Timer 1 800 2 Timer 800 700 600 450 300 180 100 M1713N_CT fm Page 5 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 15: ...7 CT M1713N_CT fm Page 7 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...