3
MA
Mengguna Buku Panduan Ini
Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Buku
Panduan Pemilik ini mengandungi banyak maklumat yang bernilai
tentang cara-cara memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro
anda.
•
Langkah-langkah keselamatan
•
Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
•
Panduan memasak yang berguna
Di bahagian hadapan buku ini anda akan menemui ilustrasi ketuhar, dan
yang lebih penting lagi ialah ilustrasi panel kawalan, supaya anda boleh
mencari butang-butang dengan lebih mudah.
Prosedur langkah demi langkah menggunakan dua simbol yang berlainan.
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA GELOMBANG MIKRO YANG
BERLEBIHAN
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang berikut boleh
mengakibatkan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba menggunakan ketuhar
dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu)
atau memasukkan apa-apa benda ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
(b) Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan permukaan
depan atau membiarkan makanan atau sisa-sisa bahan pencuci terkumpul pada
permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa bersih
dengan mengelapnya selepas digunakan, mula-mula dengan kain lembap dan
kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c) Jangan gunakan ketuhar sekiranya ia rosak sehinggalah ia telah diperbaiki oleh
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pengeluar.
Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan
pada
(1) Pintu, kedap pintu dan permukaan kedap
(2) Engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) Kabel kuasa
(d) Ketuhar tidak harus diperbetulkan atau diperbaiki oleh sesiapa selain daripada
juruteknik servis gelombang mikro yang berlayakan yang telah dilatih oleh
pengeluar.
Langkah-langkah Keselamatan
Petunjuk penting untuk keselamatan Baca dengan teliti dan simpanlah
sebagai petunjuk. Sebelum memasak makanan atau cecair di dalam
ketuhar gelombang mikro anda, sila pastikan langkah-langkah
keselamatan yang berikut diambil.
1.
JANGAN gunakan apa-apa perkakas memasak logam di dalam ketuhar
gelombang mikro:
•
Bekas logam
•
Set makan malam yang mempunyai perapi emas atau perak.
•
Pencucuk daging, garpu, dan sebagainya.
Sebab:
Arka atau percikan api elektrik boleh berlaku dan boleh merosakkan
ketuhar.
2.
JANGAN panaskan:
•
Botol, balang atau bekas kedap udara atau kedap vakum.
Contoh) Balang makanan bayi
•
Makanan kedap udara.
Contoh) Telur, kacang di dalam kulit, tomato
Sebab:
Tekanan yang meningkat boleh menyebabkannya meletup.
Panduan: Tanggalkan penutup, cucuk kulit, beg, dan lain-lain.
3.
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Sebab:
Dinding ketuhar itu boleh rosak.
Panduan: Tinggalkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa. Air itu akan
menyerap gelombang mikro sekiranya anda secara tidak sengaja
menghidupkan ketuhar itu semasa ia kosong.
4.
JANGAN tutup lubang-lubang pengalihudaraan di belakang ketuhar dengan kain
atau kertas.
Sebab:
Kain atau kertas itu boleh terbakar kerana udara panas dilepaskan dari
ketuhar.
5.
SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari
ketuhar.
Sebab:
Sesetengah bekas menyerap gelombang mikro dan haba sentiasa
dipindahkan daripada makanan kepada bekas. Oleh itu, bekas menjadi
panas.
6.
JANGAN sentuh unsur pemanasan atau dinding bahagian dalam ketuhar.
Sebab:
Dinding-dinding tersebut mungkin cukup panas untuk melecurkan kulit
walaupun selepas proses memasak selesai, meskipun ia tidak
kelihatan panas. Jangan biarkan bahan-bahan yang mudah terbakar
bersentuhan dengan mana-mana bahagian dalam ketuhar. Biarkan
ketuhar itu sejuk dahulu.
7.
Untuk mengurangkan risiko kebakaran di dalam rongga ketuhar:
•
Jangan simpan bahan-bahan yang mudah terbakar di dalam ketuhar
•
Tanggalkan ikatan dawai daripada kertas atau beg plastik
•
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk mengeringkan surat
khabar
•
Kalau ternampak asap di dalam ketuhar, biarkan pintu ketuhar tertutup dan
tutup suis atau cabut palam ketuhar daripada bekalan kuasa.
8.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
•
SENTIASALAH memberikan standing time sekurang-kurangnya 20 saat
selepas ketuhar ditutup suisnya supaya suhunya boleh menjadi sama.
•
Kacau semasa memanaskannya, jika perlu, dan SENTIASALAH kacau
selepas memanaskannya.
☛
✉
Penting
Nota
tX^XZuthUGGwGZGG{ SGt GX\SGYWWZGGXXa\\Ght
Содержание M1713N
Страница 9: ...M1713N 2 2 2 3 3 4 5 5 5 6 6 6 6 6 7 8 8 M1713N_CT fm Page 1 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 10: ...2 CT 1 2 3 1 2 3 4 5 1 4 2 3 5 M1713N_CT fm Page 2 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 11: ...3 CT a b c 1 2 3 d 1 2 3 4 5 6 7 8 20 M1713N_CT fm Page 3 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 13: ...5 CT Timer 1 800 2 Timer 800 700 600 450 300 180 100 M1713N_CT fm Page 5 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...
Страница 15: ...7 CT M1713N_CT fm Page 7 Wednesday May 14 2003 1 51 PM...