46
Bahasa Melayu
Peringatan penggantian kepala berus
Philips Sonicare anda dilengkapi dengan teknologi
BrushSync yang menjejaki kelusuhan kepala berus
anda.
Nota: Ciri ini hanya berfungsi dengan kepala berus
pintar Philips Sonicare dengan teknologi BrushSync.
1
Semasa memasang kepala berus pintar baharu
untuk kali pertama, pemegang mengecam bahawa
anda mempunyai kepala berus Philips dengan
teknologi BrushSync dan mula menjejaki
kelusuhan kepala berus.
2
Selepas sedikit masa, berdasarkan tekanan yang
anda kenakan dan jumlah masa yang digunakan,
pemegang akan menjejaki kelusuhan kepala berus
untuk menentukan masa yang optimum untuk
menukar kepala berus anda. Ciri ini menjamin
pembersihan dan penjagaan terbaik bagi gigi anda.
3
Apabila lampu peringatan penggantian kepala
berus menyala warna kuning jingga, anda
sepatutnya menggantikan kepala berus anda.
Untuk menyahaktifkan peringatan penggantian kepala
berus, lihat 'Mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri'.
Sensor Tekanan
Philips Sonicare anda dilengkapi sensor maju yang
mengukur tekanan yang anda gunakan semasa
memberus. Jika anda menggunakan terlalu banyak
tekanan, berus gigi akan memberi maklum balas
serta-merta untuk mengisyaratkan bahawa anda
perlu mengurangkan tekanan. Maklum balas ini
diberikan melalui perubahan pada getaran dan
dengan itu sensasi dan bunyi memberus. Selain itu,
lampu peringatan penggantian kepala berus akan
berkelip warna kuning jingga.
Untuk menyahaktifkan sensor tekanan, lihat
'Mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri'.
Содержание sonicare 3000 Series
Страница 1: ...3000 Series 4000 Series ...
Страница 2: ......
Страница 3: ...1 2 3 4 6 5 7 8 ...
Страница 4: ...empty page before TOC ...
Страница 5: ...English 6 Bahasa Indonesia 21 Bahasa Melayu 38 ภาษาไทย 54 한국어 67 ...
Страница 81: ...Empty page before back cover ...