mungkin, sentiasa letakkan penstim di atas lantai untuk memastikan hos adalah lurus. Jika
anda mendengar bunyi mengepam atau jika output stim tidak sekata, angkat kepala penstim dari
masa ke semasa untuk meluruskan hos. Ini membolehkan sebarang pemeluwapan untuk mengalir
semula ke dalam tangki air (Gamb. 4).
1
Pasang palam wayar di soket dinding yang dibumikan (Gamb. 5).
2
Tekan butang hidup/mati di atas perkakas untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 6).
- GC515/GC510: Butang hidup/mati menyala.
- GC526/GC525/GC520: Butang stim bagi output stim tinggi akan menyala.
3
Biarkan air dalam tangki stim memanas. Ini mengambil masa kira-kira 2 minit.
- GC515/GC510: Apabila air di dalam tangki air sedia untuk menstim, stim akan keluar
daripada kepala penstim.
- GC526/GC525/GC520: Tekan butang stim yang sesuai untuk memilih output stim yang
dikehendaki (awan tunggal = output stim rendah, awan berganda = output stim
tinggi) (Gamb. 7).
Menstim pakaian
Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada orang.
Jangan sentuh muncung kepala penstim semasa menstim. Pastikan jarak sekurang-kurangnya 20cm
dari badan anda untuk mengelakkan kelecuran.
Nota: Hos bekalan stim menjadi panas semasa menstim. Ini adalah normal.
Cara yang disyorkan untuk melicinkan kedutan:
- Bahagian depan simpai: (Gamb. 8)
Pegang satu hujung kolar dengan sebelah tangan. Dengan tangan yang sebelah lagi, gerakkan kepala
penstim ke hadapan dan ke belakang seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar rajah.
- Bahagian belakang kolar: (Gamb. 9)
Tarik kolar ke bawah dan pegang satu hujung kolar dengan sebelah tangan. Dengan tangan yang
sebelah lagi, gerakkan kepala penstim ke hadapan dan ke belakang seperti yang ditunjukkan oleh
anak panah dalam gambar rajah.
- Depan (Gamb. 10)
Gerakkan kepala penstim ke atas dan ke bawah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam
gambar rajah.
- Poket: (Gamb. 11)
Pegang bahagian depan pakaian dengan sebelah tangan. Gerakkan kepala penstim ke atas seperti
yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar rajah.
- Bahagian belakang pakaian: (Gamb. 12)
Gerakkan kepala penstim ke atas dan ke bawah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam
gambar rajah.
- Lengan baju: (Gamb. 13)
Pegang manset lengan baju dengan sebelah tangan. Dengan tangan yang sebelah lagi, gerakkan kepala
penstim ke hadapan dan ke belakang seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar rajah.
Pemegang kepala penstim (GC520/GC510 sahaja)
Anda boleh menggunakan pemegang kepala penstim untuk menggantung kepala penstim apabila
anda perlu berhenti menstim sekejap, cth. apabila anda perlu memusingkan helaian pakaian yang
anda stim.
Gantung pemegang kepala penstim di tempat yang jauh dari pakaian yang anda stim, contohnya pada
rak pakaian.
BahaSa MElayu
27
Содержание GC500 Series
Страница 1: ...GC500 series ...
Страница 2: ......
Страница 3: ...1 ...
Страница 4: ......
Страница 5: ...GC500 Series English 6 Indonesia 12 한국어 19 Bahasa Melayu 25 ภาษาไทย 32 TiếngViệt 37 繁體中文 43 简体中文 48 ...
Страница 53: ......
Страница 54: ...2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 ...
Страница 55: ......
Страница 56: ...4239 000 7141 7 ...