ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Sebelum menggunakan pembersih vakum, sila baca arahan keselamatan asas ini.
Penggunaan betul
- Perkakas ini digunakan untuk penggunaan
dalaman bagi tujuan domestik sahaja dan tidak
direka khusus untuk penghidap alergi. Hanya
gunakan alat berdasarkan arahan dalam panduan
ini. Penggunaan atau pengubahsuaian lain adalah
berbahaya.
Pengilang tidak bertanggungjawab ke atas
kerosakan disebabkan oleh penggunaan alat yang
tidak betul.
AMARAN
Untuk mengurangkan risiko kebakaran, kejutan
elektrik atau kecederaan
- Perkakas ini bukan direka untuk digunakan oleh
individu (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya fizikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan melainkan
pengawasan atau arahan penggunaan telah
diberikan kepada mereka oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jangan gunakan perkakas jika kord atau palam
rosak.
- Jika kord sudah rosak, ia mesti diganti oleh
pengilang, ejen perkhidmatannya atau orang
berkelayakan yang seumpamanya bagi
mengelakkan bahaya.
- Palam mesti dicabut keluar dari soket kuasa
sebelum membersihkan atau menyelenggara
perkakas ini.
- Matikan sebelum membersih atau menyelenggara
muncung kuasa.
- Jangan tarik pada kord, sentiasa tarik kepala palam
itu sendiri.
- Jangan pegang palam atau perkakas dengan
tangan basah.
- Jangan gunakan perkakas pada manusia atau
haiwan.
- Jangan gunakan penapis basah selepas dicuci,
pastikan ia benar-benar kering untuk mengelakkan
kerosakan pada perkakas.
- Jangan vakum benda berikut
- Abu atau bara api panas
- Objek besar dan tajam
- Air atau cecair lain
- Bahan letupan atau gas
- Bahan atau gas mudah terbakar
- Debu toner, contohnya, daripada pencetak dan
mesin fotokopi
- Debu konduktif daripada alat kuasa
- Jauhkan perkakas daripada sumber haba, sebagai
contoh, radiator, api, cahaya matahari langsung,
dll.
- Jangan gunakan perkakas di kawasan yang
mungkin terdapat bahan atau gas mudah terbakar.
- Jangan sentuh bahagian berputar atau suis gulung.
- Perkakas ini dilengkapi dengan peranti pemotong
haba yang secara automatik mematikan perkakas
untuk mengelakkan pemanasan motor berlebihan.
Apabila ini berlaku, periksa ruang habuk dan
penapis kerana ia mungkin penuh atau tersumbat
dengan habuk halus. Periksa apa-apa halangan
lain di dalam paip muncung. Selepas halangan
dikeluarkan, biarkan perkakas menyejuk sehingga
pemotongan haba diset semula selepas lebih
kurang 30 minit.
- Jangan gunakan atau simpan perkakas atau
bahagian pada paras kepala untuk mengelakkan
risiko kecederaan.
- Jangan duduk di atas perkakas.
- Berhati-hati ketika menggunakan perkakas di atas
tangga kerana kemungkinan perkakas boleh jatuh.
- Gunakan perkakas di tempat pencahayaan
mencukupi untuk mengelakkan risiko tersadung.
- Untuk tujuan mengecas semula bateri, hanya
gunakan unit bekalan boleh tanggal AVV61V-QYH.
- Jangan gunakan penyesuai pengecasan perkakas
ini untuk mengecas sebarang bateri atau perkakas
berkuasa bateri lain.
- Jangan simpan sel atau bateri sembarangan di
dalam kotak atau laci yang boleh berlakunya litar
pintas antara satu sama lain atau litar pintas
disebabkan objek logam lain.
- Pastikan sel dan bateri bersih dan kering.
- Hanya gantikan dengan pek bateri AVV97V-QYH
Panasonic Corporation yang sama.
MA2
Содержание MC-BJ980
Страница 2: ...ENGLISH EN BAHASA MELAYU MA ...
Страница 35: ......