MY6
CARA-CARA MENGGUNAKANNYA
1.
Buka Injap air utama.
2.
Hidupkan Pemutus Litar Elektrik (MCB) dan Suis ON/OFF DP (dwikutub).
3.
Tolak ke atas Tuas Set Semula ELB sekiranya ia berada pada
ELB: Keadaan ON
ELB: Keadaan OFF
kedudukan bawah.
4.
Laraskan Tombol Isipadu Air mengikuti arah jam.
•
Putaran tombol mengikuti arah jam akan meningkatkan pengaliran air
dan seterusnya menurunkan suhu air.
•
Putaran tombol mengikuti arah lawan jam akan mengurangkan pengaliran
air dan seterusnya meningkatkan suhu air.
5.
Tekan Tuas On-Off.
Pastikan tekan bahagian
tengah Tuas On-Off
sahaja.
a)
Air akan mengalir dari Kepala Pancuran.
b)
Pada masa yang sama,
DH-3UDP1 & DH-3UD1 - Paparan LCD menerangi dan memaparkan Penunjuk Suhu, Jam &
Penunjuk Kepala Pancuran.
(Apabila kuasa dihidupkan, suhu akan menunjukkan 38 °C)
DH-3UP1 & DH-3US1 - Lampu ELB akan bercahaya.
c)
Tekan Tuas On-Off semula untuk menghentikan pengaliran air.
d)
Tuas ini mengawal kedua-dua bekalan air dan elektrik kepada set.
PERHATIAN
Tekan Tuas On-Off sebelum dan selepas mandi.
Tuas ini hendaklah ditekan sahaja. Jangan tarik Tuas On-Off.
Jangan buka atau tutup Injap Air Utama untuk mengendalikan Unit Pancuran Mandi
untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Untuk model DH-3UDP1 & DH-3UP1 sahaja
Untuk memastikan ketahanan Pam, Tuas On-Off mestilah ditekan setiap kali
sebelum dan selepas mandi.
Jangan tarik Tuas On-Off, ditekan sahaja.
6.
Pilih pancuran mandian pilihan dengan memusingkan Tuas Pilih Pancuran.
Nota:
Apabila menghentikan pengaliran air
atau menukar pemilihan pancuran air
dari Pancuran Luas ke Pancuran Tompok,
beberapa titisan air akan terus keluar dari
Kepala Pancuran kurang dari 2 minit. Ini
adalah biasa kerana terdapat air terting-
gal di dalam Kepala Pancuran dan bukan
perkara luar biasa kepada Unit ini.
Pancuran Luas
Tuas Pemilih Pancuran
Pancuran Biasa
Pancuran Tompok
7.
Kepala Pancuran boleh diubah pada pelbagai kedudukan.
(a)
(b)
(c)
a)
Longgarkan Tombol Penyangkut Pancuran untuk melaraskan Penyangkut Pancuran
ke atas atau ke bawah.
Ketatkan semula Tombol Penyangkut Pancuran.
b)
Longgarkan Tombol Penyangkut Pancuran dan Penyangkut Pancuran boleh diubah
ke kiri atau ke kanan.
Ketatkan semula Tombol Penyangkut Pancuran.
c)
Sudut Kepala Pancuran boleh diubah dengan menggerakkan Kepala Pancuran
ke atas atau ke bawah.
8.
Penetapan suhu.
DH-3UP1 & DH-3US1
Off
High
Power Control
ELB
a)
Suhu pancuran boleh dikawal secara beransur-ansur dengan menetapkan Tombol Kawalan Kuasa
pada kedudukan yang diingini.
b)
Jika anda memutarkan Tombol Kawalan Kuasa mengikut arah jam, suhu pancuran akan meningkat,
mencapai suhu tertinggi pada "High".
c)
Jika Tombol Kawalan Kuasa berada di kedudukan "Off", suhu air akan kekal pada suhu masuk.
d)
Dalam keadaan penggunaan berterusan pada penetapan suhu tinggi, suhu akan meningkat dan
mungkin menyebabkan alat kawalan berfungsi sementara dan mengakibatkan suhu air menurun.
CARA-CARA MENGGUNAKAN PANCURAN MANDI ELEKTRIK
Содержание DH-3UD1
Страница 31: ......
Страница 32: ...MEMO ...