66
MS
• JANGAN SEKALI-KALI memasang palam penyesuai AC atau mencabut
penyesuai AC ini daripada salur keluar elektrik menggunakan tangan
yang basah.
• JANGAN merungkai atau cuba membaiki penyesuai AC ini.
Pengendalian dan Penggunaan Bateri
• Pastikan bateri di luar capaian bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
2.2 Berhati-hati
Menandakan situasi yang mungkin berbahaya,
yang dapat menyebabkan pengguna atau pasien
mengalami cedera ringan atau sederhana, atau
menyebabkan kerosakan pada peralatan atau benda
lainnya, apabila tidak dihindari.
• Berhenti menggunakan monitor ini dan rujuk pada doktor anda jika anda
mengalami kerengsaan kulit atau rasa tidak selesa.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor anda pada
lengan yang terdapat akses atau terapi intravaskular, atau syun
arteriovena (A-V), kerana gangguan sementara kepada aliran darah dan
boleh mengakibatkan kecederaan.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda
pernah menjalani mastektomi.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda
menghidap masalah aliran darah yang teruk atau gangguan darah kerana
pengembangan kaf boleh mengakibatkan lebam.
• JANGAN ambil ukuran lebih kerap daripada perlu kerana lebam akibat
gangguan aliran darah boleh berlaku.
• HANYA kembangkan kaf lengan sewaktu dipakai pada bahagian atas
lengan sahaja.
• Tanggalkan kaf lengan tersebut jika ia tidak mula mengecut semasa
membuat pengukuran.
• Apabila pemantau malfungsi, ia mungkin menjadi panas. JANGAN sentuh
pemantau ini jika perkara ini berlaku.
• JANGAN guna monitor ini untuk apa-apa tujuan lain selain mengukur
tekanan darah.
• Semasa mengukur, pastikan tiada peranti mudah alih atau apa jua peranti
elektrik lain yang mengeluarkan medan elektromagnet dalam lingkungan
30 cm dari monitor ini. Ini boleh mengakibatkan peranti ini beroperasi
secara tidak betul dan/atau mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN merungkai atau cuba membaiki monitor ini atau komponen lain.
Ini boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN GUNA monitor ini di lokasi di mana terdapat lembapan atau yang
terdedah pada percikan air. Ini boleh merosakkan monitor ini.
• JANGAN guna monitor ini dalam kenderaan yang bergerak seperti kereta
atau kapal terbang.
• JANGAN jatuhkan atau menyebabkan monitor ini mengalami kejutan atau
getaran yang kuat.
• JANGAN guna monitor ini di tempat yang mempunyai kelembapan
yang tinggi atau rendah atau suhu yang tinggi atau rendah. Rujuk pada
bahagian 5.
• Sewaktu mengukur, perhatikan lengan bagi memastikan monitor ini tidak
mengakibatkan gangguan berpanjangan kepada peredaran darah.
• JANGAN guna monitor ini dalam persekitaran yang memerlukan
penggunaan yang tinggi seperti di klinik perubatan atau pejabat doktor.
• JANGAN guna pemantau ini dengan peralatan perubatan elektrik (ME) lain
secara serentak. Ini boleh mengakibatkan operasi yang tidak betul dan/
atau mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• Elak daripada mandi, minum alkohol atau kafein, merokok, bersenam dan
makan selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil ukuran.
• Berehat selama sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mengambil ukuran.
• Tanggalkan pakaian yang ketat atau tebal daripada lengan semasa
mengambil ukuran.
• Jangan bergerak dan JANGAN bercakap semasa mengambil ukuran.
• HANYA guna kaf lengan pada individu yang ukur lilit tangannya dalam
lingkungan julat yang dinyatakan pada kaf tersebut sahaja.
• Pastikan monitor ini telah dibiasakan pada suhu bilik sebelum mengambil
ukuran. Mengambil ukuran selepas perubahan suhu ekstrem boleh
mengakibatkan bacaan yang tidak tepat. OMRON mengesyorkan supaya
menunggu sekitar 2 jam untuk memanaskan atau menyejukkan monitor,
sewaktu monitor ini digunakan dalam persekitaran yang berada pada
lingkungan suhu yang ditetapkan sebagai keadaan operasi, selepas ia
disimpan sama ada pada suhu simpanan maksimum atau minimum. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai suhu operasi dan simpanan/
pengangkutan, rujuk bahagian 5.
• JANGAN guna monitor ini selepas tempoh tahan lamanya telah berakhir.
Rujuk pada bahagian 5.
• JANGAN renyukkan kaf lengan atau tiub udara secara berlebihan.
• JANGAN lipat atau pintal tiub udara semasa mengambil ukuran. Ini boleh
mengakibatkan kecederaan dengan mengganggu aliran darah.
• Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal
tiub, bukan pada tiub itu sendiri.
Содержание HEM-7156-A
Страница 26: ...25 MY ...
Страница 27: ...26 MY ...
Страница 28: ...27 ...
Страница 29: ...28 MY ...
Страница 30: ...29 ...
Страница 31: ...30 MY ...
Страница 32: ...31 ...
Страница 33: ...32 MY ...
Страница 78: ......
Страница 79: ......