36
BM
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
BERHATI-HATI
RISIKO KEJUTAN ELEKTRIK
JANGAN BUKA
BERHATI-HATI: UNTUK MENGURANGKAN RISIKO
KEJUTANELEKTRIK, JANGAN MENGALIHKAN PENUTUP
(ATAU BAHAGIAN BELAKANG).
TIDAK MENGANDUNGI BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG
BOLEH DISERVIS OLEH PENGGUNA.
DAPATKAN KHIDMAT KAKITANGAN SERVIS OLYMPUS
YANG BERTAULIAH UNTUK MENJALANKAN SERVIS.
Tanda seruan yang dikelilingi segi tiga
mengingatkan anda tentang arahan-arahan
penyenggaraan dan pengoperasian dalam
dokumentasi yang dibekalkan bersama produk.
BAHAYA
Jika produk digunakan tanpa mematuhi maklumat
yang diberikan di bawah simbol ini, kecederaan
serius atau kematian mungkin akan terjadi.
AMARAN
Jika produk digunakan tanpa mematuhi maklumat
yang diberikan di bawah simbol ini, kecederaan
atau kematian mungkin akan terjadi.
BERHATI-
HATI
Jika produk digunakan tanpa mematuhi maklumat
yang diberikan di bawah simbol ini, kecederaan
kecil, kerosakan pada peralatan atau kehilangan
data bernilai mungkin akan terjadi.
AMARAN!
UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KEBAKARAN ATMY KEJUTAN
ELEKTRIK, JANGAN SEKALI-KALI MENYAHPASANG
PRODUK, MENDEDAHKAN PRODUK KEPADA AIR ATMY
MENGENDALIKAN PRODUK DALAM PERSEKITARAN DENGAN
KELEMBAPAN YANG TINGGI.
Langkah-langkah Berjaga Am
Baca Semua Arahan
— Sebelum anda menggunakan produk, baca
semua arahan pengoperasian. Simpan semua manual dan dokumentasi
untuk rujukan di masa depan.
Pembersihan
— Sentiasa cabut plag produk ini dari outlet dinding sebelum
pembersihan. Gunakan kain yang lembap untuk pembersihan. Jangan
sekali-kali menggunakan apa-apa jenis cecair atau cecair pencuci
aerosol, atau apa-apa jenis pelarut organik untuk membersihkan
produk ini.
Lampiran
— Untuk keselamatan anda dan untuk mengelak daripada
merosakkan produk, gunakan hanya aksesori yang disarankan oleh
Olympus sahaja.
Air dan Kelembapan
— Untuk langkah berjaga-jaga dengan reka bentuk
yang tahan cuaca, baca seksyen-seksyen berkenaan ciri tahan cuaca.
Lokasi
— Untuk mengelak daripada merosakkan produk, pasangkan
produk dengan rapi pada tripod, penegak atau pendukung yang stabil.
Sumber Kuasa
— Sambungkan produk ini hanya kepada sumber kuasa
yang diterangkan pada label produk.
Petir
— Jika ribut petir berlaku semasa penyesuai USB-AC sedang
digunakan, cabutkannya dari outlet dinding serta-merta.
Objek Asing
— Untuk mengelakkan kecederaan, jangan sekali-kali
menyisipkan objek logam ke dalam produk.
Haba
— Jangan sekali-kali menggunakan atau menyimpan produk ini
berdekatan apa-apa sumber haba seperti radiator, pendaftar haba,
dapur, atau apa-apa jenis peralatan atau perkakas yang menghasilkan
haba, termasuk pembesar suara stereo.
Mengendalikan Kamera
AMARAN
•Jangan gunakan kamera berdekatan dengan gas yang mudah
terbakar atau mudah meletup.
•Jangan gunakan denyar dan LED (termasuk pencahaya AF) terhadap
manusia (bayi, kanak-kanak kecil, dll.) pada jarak yang dekat.
•
Anda mesti berada sekurang-kurangnya 1 m (3 ka.) dari muka subjek
anda. Menyalakan denyar terlalu dekat dengan mata subjek boleh
menyebabkan kehilangan penglihatan untuk sementara waktu.
•Jauhkan kanak-kanak kecil dan bayi daripada kamera.
•
Pastikan anda menggunakan dan menyimpan kamera di luar jangkauan
kanak-kanak kecil dan bayi untuk mencegah daripada berlakunya
kecederaan serius yang disebabkan situasi berbahaya berikut:
•
Terbelit dalam tali pembawa kamera sehingga menyebabkan penjerutan.
•
Tertelan bateri, kad atau bahagian-bahagian kecil yang lain secara
tidak sengaja.
•
Menyalakan denyar ke mata sendiri atau mata kanak-kanak lain
dengan tidak sengaja.
•
Dicederakan oleh bahagian-bahagian kamera yang boleh bergerak
secara tidak sengaja.
•Jangan tengok matahari atau lampu-lampu yang terang dengan kamera.
•Jangan guna atau storkan kamera di tempat-tempat yang berhabuk
atau lembap.
•Jangan menutup denyar dengan tangan semasa denyar menyala.
•Gunakan kad ingatan SD/SDHC/SDXC atau kad Eye-Fi sahaja.
Jangan gunakan jenis-jenis kad yang lain.
Jika secara tidak sengaja anda menyisipkan kad jenis lain ke dalam
kamera, hubungi pengedar berdaftar atau pusat perkhidmatan. Jangan
cuba mengeluarkan kad dengan cara paksaan.
•Jika anda dapati bahawa penyesuai USB-AC terlalu panas atau
memerhatikan apa-apa bau, hingar yang luar biasa atau asap
sekelilingnya, tanggalkan palam kuasa dari dinding serta-merta dan
berhenti daripada menggunakannya. Kemudian hubungi pengedar
atau pusat perkhidmatan yang sah.
BERHATI-HATI
•Hentikan penggunaan kamera dengan serta-merta jika anda
menyedari apa-apa bau, bunyi atau asap yang luar biasa di sekitarnya.
•
Jangan sekali-kali mengeluarkan bateri dengan tangan sahaja kerana ini
boleh menyebabkan kebakaran atau melecurkan tangan anda.
•Jangan sesekali memegang atau menggunakan kamera ini dengan
tangan yang basah.
•Jangan biarkan kamera di tempat-tempat di mana ia mungkin
terdedah pada suhu yang amat tinggi.
•
Tindakan demikian boleh menyebabkan kemerosotan pada
bahagian-bahagian kamera dan menyebabkan kamera terbakar dalam
sesetengah keadaan. Jangan gunakan pengecas atau penyesuai USB-
AC jika ia terselubung (contohnya dengan selimut). Ini mungkin akan
menghasilkan haba yang berlebihan dan mengakibatkan kebakaran.
Basic̲B̲d4519.indb 36
Basic̲B̲d4519.indb 36
2011/11/02 16:09:41
2011/11/02 16:09:41
Содержание SZ-14, SZ-12
Страница 20: ...20 CHS Basic B d4519 indb 20 Basic B d4519 indb 20 2011 11 02 16 09 34 2011 11 02 16 09 34...
Страница 66: ...66 MEMO Basic B d4519 indb 66 Basic B d4519 indb 66 2011 11 02 16 09 52 2011 11 02 16 09 52...
Страница 67: ...67 MEMO Basic B d4519 indb 67 Basic B d4519 indb 67 2011 11 02 16 09 52 2011 11 02 16 09 52...