Ms-4
AWAS
Pastikan kawasan itu mempunyai sistem pengudaraan yang baik apabila unit ini dikendalikan
bersama dengan perkakas pembakaran.
• Pengudaraan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kekurangan oksigen.
MATIKAN pemutus apabila anda mendengar guruh dan apabila terdapat kemungkinan dipanah
kilat.
• Unit ini mungkin rosak jika dipanah kilat.
Selepas penyaman udara ini digunakan selama beberapa bulan, jalankan pemeriksaan dan
penyelenggaraan selain daripada pembersihan yang biasa.
• Kotoran atau habuk di dalam unit ini boleh menghasilkan bau yang busuk, menyumbang kepada
pertumbuhan fungus, seperti kulapuk, atau menyumbat saliran, dan menyebabkan air bocor
keluar dari unit dalaman. Sila berunding dengan wakil penjual anda untuk pemeriksaan dan
penyelenggaraan, yang memerlukan pengetahuan serta kemahiran yang khusus.
Jangan memetik suis dengan tangan yang basah.
• Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan membersihkan penyaman udara dengan air atau meletakkan objek yang mengandungi
air, seperti pasu bunga, di atasnya.
• Ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan memijak atau meletakkan sebarang objek di atas unit luaran.
• Ia boleh menyebabkan kecederaan jika anda atau objek itu terjatuh.
AMARAN
Sila berunding dengan wakil penjual anda untuk memasang penyaman udara.
• Ia hendaklah tidak dipasang oleh pengguna kerana pemasangannya memerlukan pengetahuan dan
kemahiran yang khusus. Penyaman udara yang dipasang dengan tidak betul boleh menyebabkan
kebocoran air, kebakaran, atau kejutan elektrik.
Sediakan bekalan kuasa yang khas untuk penyaman udara.
• Bekalan kuasa kongsi boleh menyebabkan pemanasan berlebihan atau kebakaran.
Jangan pasang unit ini di mana gas mudah terbakar mungkin bocor.
• Jika gas bocor dan berkumpul di sekitar unit luaran, ia boleh menyebabkan letupan.
Bumikan unit ini dengan betul.
• Jangan sambungkan wayar bumi ke paip gas, paip air, batang pengalir kilat, atau wayar bumi
telefon. Pembumian yang tidak betul boleh menyebabkan kejutan elektrik.
AWAS
Pasang pemutus kebocoran bumi bergantung pada lokasi pemasangan penyaman udara (seperti
kawasan yang sangat lembap).
• Jika pemutus kebocoran bumi tidak dipasang, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Pastikan air salirannya disalirkan dengan baik.
• Jika sistem penyalirannya tidak betul, air mungkin menitis ke bawah dari unit dalaman/luaran, lalu
membasahkan serta merosakkan perabot.
PENTING
Penapis yang kotor menyebabkan pemeluwapan di dalam penyaman udara yang akan menyumbang kepada
pertumbuhan fungus seperti kulapuk. Oleh itu anda disyorkan untuk membersihkan penapis udara setiap 2 minggu.
Sekiranya berlaku keadaan tidak normal
Berhenti menggunakan penyaman udara dengan serta-merta dan sila berunding dengan wakil penjual anda.
Untuk pemasangan
P
ERINGATAN KESELAMATAN
A5_VG79Y117H01_02Ms.indd 4
01-Jun-20 13:21:52
Содержание Mr. SLIM MSY-JS18VF
Страница 38: ......
Страница 39: ......
Страница 40: ......
Страница 41: ......
Страница 42: ......
Страница 43: ......
Страница 44: ......
Страница 45: ......
Страница 46: ......
Страница 47: ......
Страница 48: ......
Страница 49: ......
Страница 50: ......
Страница 51: ......
Страница 52: ......
Страница 53: ......
Страница 54: ......
Страница 55: ......