Ms-2
Maksud simbol yang digunakan dalam manual ini
: Pastikan anda tidak melakukannya.
: Bahaya kejutan elektrik. Berhati-hati.
: Pastikan anda mengikuti arahan.
: Pastikan anda menanggalkan palam bekalan
kuasa dari soket dinding.
: Jangan sesekali memasukkan jari atau kayu, dll.
: Pastikan anda mematikan bekalan kuasa.
: Jangan sesekali memijak unit dalaman/luaran
dan jangan letak apa-apa di atasnya.
: Risiko kebakaran
AMARAN
Jangan menyambungkan kord kuasa ke soket perantaraan, menggunakan kord sambungan,
atau menyambungkan lebih daripada satu peranti kepada satu outlet AC.
• Ia boleh menyebabkan pemanasan berlebihan, kebakaran atau kejutan elektrik.
Pastikan palam kuasa bebas daripada kotoran dan cucukkannya dengan rapi ke dalam soket.
• Palam yang kotor boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan ikat, tarik, rosakkan, atau ubah suai kord kuasa, dan jangan panaskan atau letakkan
objek yang berat di atasnya.
• Ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan MATIKAN/HIDUPKAN pemutus atau memutuskan/menyambungkan palam kuasa
semasa unit ini beroperasi.
• Ini boleh menghasilkan percikan api, yang boleh menyebabkan kebakaran.
• Selepas unit dalaman DIMATIKAN menggunakan alat kawalan jauh, pastikan anda MEMATIKAN
pemutus atau mencabut palam kuasa.
Jangan dedahkan badan anda secara terus kepada udara yang sejuk untuk tempoh yang lama.
• Ia boleh menjejaskan kesihatan anda.
Unit ini tidak boleh dipasang, dipindahkan, ditanggalkan, dipinda, atau dibaiki oleh pengguna.
• Penyaman udara yang tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik, kecederaan, atau kebocoran air, dll. Sila berunding dengan wakil penjual anda.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang atau ejen servisnya bagi mengelakkan bahaya.
Semasa memasang, memindahkan, atau menservis unit ini, pastikan tiada bahan lain selain
daripada bahan penyejuk yang dinyatakan (R32) memasuki litar bahan penyejuk.
• Sebarang kehadiran bendasing seperti udara boleh menyebabkan kenaikan tekanan yang tidak
normal dan boleh menyebabkan letupan atau kecederaan.
• Penggunaan sebarang bahan penyejuk lain selain daripada yang dinyatakan untuk sistem ini akan
menyebabkan kegagalan mekanikal, kepincangan tugas sistem atau kerosakan unit. Dalam kes
yang paling buruk, ia boleh menghalang jaminan keselamatan produk ini.
Perkakas ini bukan untuk kegunaan individu (termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan
fi zikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman atau pengetahuan, kecuali jika mereka
telah diberikan penyeliaan atau arahan berkaitan penggunaan perkakas ini oleh individu yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diperhatikan untuk memastikan yang mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Jangan masukkan jari anda, kayu, atau objek lain ke dalam salur masuk atau keluar udara.
• Ia boleh menyebabkan kecederaan, oleh sebab kipas di dalamnya berputar pada kelajuan tinggi
semasa operasi.
Sekiranya berlaku keadaan yang tidak normal (seperti keluar bau terbakar), berhentikan
penyaman udara dan cabut palam kuasa atau MATIKAN pemutus.
• Membiarkan operasi berterusan dalam keadaan yang tidak normal boleh menyebabkan pincang
tugas, kebakaran, atau kejutan elektrik. Dalam kes ini, sila berunding dengan wakil penjual anda.
Apabila penyaman udara tidak menyejukkan atau memanaskan udara, ada kemungkinan
bahawa bahan penyejuk bocor. Jika menemui sebarang kebocoran bahan penyejuk, hentikan
operasi dan alih udara bilik itu dengan baik, kemudian berunding dengan wakil penjual anda
serta-merta. Jika kerja pembaikan melibatkan pengisian semula bahan penyejuk ke dalam unit
ini, minta butirannya daripada juruteknik servis.
• Bahan penyejuk yang digunakan di dalam penyaman udara tidak berbahaya. Pada kebiasaannya, ia
tidak bocor. Bagaimanapun, jika bahan penyejuk bocor dan terkena api atau bahagian pemanasan
seperti pemanas kipas, pemanas kerosin atau dapur masak, ia akan menghasilkan gas berbahaya
dan menimbulkan risiko kebakaran.
P
ERINGATAN KESELAMATAN
A5_VG79Y117H01_02Ms.indd 2
01-Jun-20 13:21:52
Содержание Mr. SLIM MSY-JS18VF
Страница 38: ......
Страница 39: ......
Страница 40: ......
Страница 41: ......
Страница 42: ......
Страница 43: ......
Страница 44: ......
Страница 45: ......
Страница 46: ......
Страница 47: ......
Страница 48: ......
Страница 49: ......
Страница 50: ......
Страница 51: ......
Страница 52: ......
Страница 53: ......
Страница 54: ......
Страница 55: ......