31 BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
SPESIFIKASI
Model:
UH353D
Panjang bilah
350 mm
Lejang seminit
3,300 min
-1
Panjang keseluruhan
693 mm
Voltan terkadar
D.C. 10.8 V - 12 V maks
Berat bersih
1.9 - 2.1 kg
•
Disebabkan program penyelidikan dan pembangunan kami yang berterusan, spesifikasi yang terkandung di
dalam ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
•
Spesifikasi dan kartrij bateri mungkin berbeza mengikut negara.
•
Berat mungkin berbeza bergantung kepada pemasangan, termasuk kartrij bateri. Kombinasi paling ringan dan
paling berat, mengikut Prosedur EPTA 01/2014, ditunjukkan di dalam jadual.
Kartrij bateri dan pengecas yang boleh digunakan
Kartrij bateri
BL1016 / BL1021B / BL1041B
Pengecas
DC10SA / DC10SB / DC10WC / DC10WD / DC18RE
•
Sesetengah kartrij bateri dan pengecas yang disenaraikan di atas mungkin tidak tersedia bergantung pada
kawasan kediaman anda.
AMARAN:
Gunakan hanya kartrij bateri dan pengecas yang disenaraikan di atas.
Penggunaan mana-
mana kartrij bateri dan pengecas yang lain mungkin menyebabkan kecederaan dan/atau kebakaran.
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang boleh
digunakan untuk alat ini. Pastikan anda memahami
maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Jangan dedahkan kepada kelembapan.
Pakai pelindung mata.
BAHAYA - Jauhkan tangan daripada bilah.
Ni-MH
Li-ion
Hanya untuk negara-negara EU
Jangan lupuskan peralatan elektrik atau
pek bateri bersama-sama bahan sisa
rumah!
Dalam mematuhi Arahan-Arahan Eropah
mengenai Sisa Peralatan Elektrik dan
Elektronik dan Bateri dan Akumulator
dan Sisa Bateri dan Akumulator serta
pelaksanaan mereka mengikut undang-
undang negara, peralatan elektrik dan
bateri dan pek-pek bateri yang telah
mencapai akhir hayatnya mesti dikumpul
secara berasingan dan dikembalikan ke
kemudahan kitar semula yang bersesuaian
dengan alam sekitar.
Tujuan penggunaan
Alat ini bertujuan untuk memangkas tanaman pagar.
AMARAN KESELAMATAN
Amaran keselamatan umum alat
kuasa
AMARAN:
Baca semua amaran keselamatan,
arahan, ilustrasi dan spesifikasi yang disediakan
dengan alat kuasa ini.
Kegagalan mengikut amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Istilah “alat kuasa” dalam amaran merujuk kepada alat
kuasa yang menggunakan tenaga elektrik (kabel) atau
alat kuasa yang menggunakan bateri (tanpa kord).
Keselamatan kawasan kerja
1.
Pastikan kawasan kerja bersih dan terang.
Kawasan berselerak atau gelap mengundang
kemalangan.
2.
Jangan kendalikan alat kuasa dalam keadaan
yang mudah meletup, seperti dalam kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar.
Alat kuasa menghasilkan percikan api yang boleh
menyalakan debu atau wasap.
3.
Jauhkan kanak-kanak dan orang ramai semasa
mengendalikan alat kuasa.
Gangguan boleh
menyebabkan anda hilang kawalan.
Содержание UH353D
Страница 2: ...1 2 3 Fig 1 1 2 Fig 2 2 1 Fig 3 1 Fig 4 1 1 Fig 5 1 Fig 6 1 2 Fig 7 1 2 3 Fig 8 2 ...
Страница 3: ...1 2 Fig 9 2 3 4 1 Fig 10 1 3 2 Fig 11 1 Fig 12 1 2 Fig 13 3 ...
Страница 4: ...1 Fig 14 1 2 Fig 15 Fig 16 Fig 17 Fig 18 Fig 19 Fig 20 Fig 21 4 ...
Страница 5: ...Fig 22 Fig 23 1 Fig 24 5 ...
Страница 58: ...58 ...
Страница 59: ...59 ...