44
BAHASA MELAYU
8.
Pakai peralatan pelindung diri. Bergantung
kepada penggunaan, gunakan pelindung
muka, gogal keselamatan atau cermin mata
keselamatan. Sebagaimana yang sesuai,
pakai topeng habuk, pelindung pendengaran,
sarung tangan dan apron bengkel yang
mampu menghalang serpihan pelelas atau
bahan kerja yang kecil.
Pengadang mata mesti
mampu menghalang serpihan yang terbang yang
dihasilkan oleh pelbagai operasi. Topeng habuk
atau alat pernafasan mesti mampu menapis zarah
yang dihasilkan oleh operasi anda. Pendedahan
yang berlanjutan kepada hingar dengan
keamatan yang tinggi boleh menyebabkan hilang
pendengaran.
9.
Pastikan orang ramai berada pada jarak yang
selamat dari kawasan kerja. Sesiapa sahaja
yang memasuki kawasan kerja mesti memakai
peralatan pelindung diri.
Serpihan bahan kerja
atau aksesori yang pecah mungkin berterbangan
dan menyebabkan kecederaan di luar kawasan
operasi terdekat.
10.
Pegang alat kuasa pada permukaan
mencengkam tertebat sahaja, apabila
melakukan operasi yang aksesori pemotong
boleh tersentuh wayar tersembunyi atau
kordnya sendiri.
Aksesori pemotong yang
bersentuh dengan wayar “hidup” boleh
menyebabkan bahagian logam terdedah alat
kuasa menjadi “hidup” dan boleh memberi kejutan
elektrik kepada pengendali.
11.
Jauhkan kord daripada aksesori yang
berputar.
Jika anda hilang kawalan, kord boleh
terpotong atau tersangkut dan tangan atau lengan
anda boleh tertarik ke dalam aksesori yang
berputar.
12.
Jangan sekali-kali meletakkan alat kuasa
ke bawah sehingga aksesori telah berhenti
sepenuhnya.
Aksesori yang berputar boleh
menyambar permukaan dan menarik alat kuasa
daripada kawalan anda.
13.
Jangan jalankan alat kuasa ketika
membawanya di sisi anda.
Sentuhan secara
tidak sengaja dengan aksesori yang berputar
boleh menyebabkan pakaian anda tersangkut dan
menarik aksesori ke badan anda.
14.
Bersihkan dengan kerap bolong udara alat
kuasa.
Kipas motor akan mengeluarkan habuk di
dalam perumah dan pengumpulan logam serbuk
yang berlebihan boleh menyebabkan bahaya
elektrik.
15.
Jangan kendalikan alat kuasa berhampiran
bahan mudah terbakar.
Percikan boleh
menyalakan bahan ini.
16.
Jangan gunakan aksesori yang memerlukan
bahan pendingin cecair.
Penggunaan air
atau bahan pendingin cecair yang lain boleh
menyebabkan renjatan elektrik.
Tolak keluar dan Amaran Berkaitan
Tolak keluar ialah tindak balas tersepit tiba-tiba kepada
roda berputar, pad penyokong, berus atau aksesori
yang lain. Tersepit atau tersangkut menyebabkan
kelajuan pegun dengan cepat pada aksesori putaran
yang menyebabkan alat kuasa tidak dapat dikawal
dipaksa ke arah bertentangan dengan putaran aksesori
pada titik pengikat.
Sebagai contoh, jika roda pelelas tersangkut atau
tersepit pada bahan kerja, bahagian tepi roda
yang memasuki titik sepitan boleh menekan dalam
permukaan bahan menyebabkan roda ternaik atau
terkeluar. Roda mungkin sama ada melantun ke arah
atau jauh daripada pengendali, bergantung kepada
arah pergerakan roda ketika aksesori tersepit. Roda
pelelas mungkin juga pecah di bawah keadaan ini.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
1.
Kekalkan genggaman yang kukuh pada alat
kuasa dan pastikan kedudukan badan dan
lengan anda membolehkan anda menahan
daya tolak keluar. Sentiasa gunakan pemegang
tambahan, jika disediakan, untuk kawalan
maksimum terhadap tolak keluar atau tindak
balas tork semasa permulaan.
Pengendali boleh
mengawal tindak balas tork atau daya tolak keluar,
jika langkah berjaga-jaga yang betul diambil.
2.
Jangan sekali-kali meletakkan tangan anda
dekat dengan aksesori yang berputar.
Aksesori
mungkin ditolak keluar ke atas tangan anda.
3.
Jangan letakkan badan anda di kawasan di
mana alat kuasa akan bergerak jika keadaan
sikit berlaku.
Tolak keluar akan mendorong alat
ke arah bertentangan kepada pergerakan roda
ketika aksesori tersangkut.
4.
Menggunakan dengan lebih berhati-hati
apabila bekerja di sudut, pinggir yang tajam
dan sebagainya. Elakkan aksesori daripada
melantun dan tersangkut.
Sudut, pinggir yang
tajam atau melantun mempunyai kecenderungan
untuk menyebabkan aksesori berputar tersangkut
dan menyebabkan hilang kawalan atau tolak
keluar.
5.
Jangan pasang bilah ukiran kayu gergaji
rantai atau bilah gergaji bergigi.
Bilah seperti ini
akan kerap menghasilkan tolak keluar dan hilang
kawalan.
Amaran Keselamatan Khusus untuk Operasi
Pengisaran dan Pemotongan Lelas:
1.
Menggunakan hanya jenis roda yang
disyorkan untuk alat kuasa anda dan
pengadang yang direka khusus untuk roda
yang dipilih.
Roda yang tidak direka untuk alat
kuasa tidak dapat dikawal secukupnya dan tidak
selamat.
2.
Permukaan pengisaran roda tengah lekuk
mesti dilekapkan di bawah satah bibir
pengadang.
Roda yang tidak dilekapkan
dengan betul yang mengunjur melalui satah bibir
pengadang tidak dapat dilindungi secukupnya.
3.
Pengadang mesti dipasang dengan kukuh
pada alat kuasa dan diletakkan untuk
keselamatan maksimum, supaya sedikit sahaja
roda terdedah ke arah pengendali.
Pengadang
membantu melindungi pengendali daripada
serpihan roda yang pecah, tersentuh secara tidak
sengaja dengan roda dan percikan yang boleh
membakar pakaian.
Содержание GA7081
Страница 2: ...2 1 Fig 1 1 2 3 Fig 2 A B C 2 1 Fig 3 1 Fig 4 Fig 5 1 3 2 Fig 6 1 2 3 Fig 7 1 2 Fig 8 ...
Страница 3: ...3 1 2 Fig 9 1 Fig 10 2 1 Fig 11 1 2 3 4 Fig 12 1 2 Fig 13 1 2 3 4 Fig 14 3 4 2 1 Fig 15 1 Fig 16 ...
Страница 4: ...4 1 2 Fig 17 Fig 18 3 2 1 Fig 19 1 2 3 4 Fig 20 ø45 ø78 ø78 1 2 3 4 5 Fig 21 1 Fig 22 1 Fig 23 ...
Страница 5: ...5 1 2 4 5 6 3 Fig 24 Fig 25 1 2 Fig 26 15 Fig 27 Fig 28 Fig 29 Fig 30 Fig 31 ...
Страница 6: ...6 Fig 32 Fig 33 1 Fig 34 1 2 Fig 35 Fig 36 ...
Страница 78: ...78 ...
Страница 79: ...79 ...