5
Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku
kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda, sila patuhi semua
arahan yang dinyatakan dalam panduan ini.
Pengilang tidak akan bertanggungjawab
sekiranya berlaku sebarang kemalangan
atau kecederaan yang disebabkan oleh
kesilapan pemasangan atau pemasangan
yang tidak mengikut buku panduan.
Kipas Siling mesti dipasang lebih daripada
2.5 m dari lantai dan jarak 1 m dari dinding
ke Bilah Kipas.
Boleh menyebabkan ketidakstabilan aliran
angin dan mengakibatkan Kipas Siling
bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas
Siling terjatuh.
Rujuk Langkah 2 -
pada muka surat 16
untuk kaedah pengukuran.
Selepas pemasangan, pastikan Kipas
Siling tidak terlampau goyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas
Siling terjatuh.
Gantikan kesemua Bilah Kipas jika salah
satu daripadanya patah atau retak.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah
Kipas terjatuh akibat goyangan.
Jangan pasang di tempat yang basah,
bersuhu tinggi dan berkelembapan tinggi
seperti di dalam bilik air.
Jika terdapat kebocoran arus elektrik, kejutan
elektrik atau kebakaran mudah berlaku.
Produk ini adalah untuk kegunaan dalam
rumah sahaja. Jangan pasang di tempat
yang berangin.
Boleh menyebabkan karat, warna luntur,
kerosakan atau kecederaan.
AWAS
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh salah
pengendalian produk yang jika tidak dielakkan,
boleh mengakibatkan kecederaan kepada
pengguna atau kerosakan harta benda.
Jangan sentuh Kipas Siling ketika ia
sedang beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan
atau Kipas Siling terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Siling atau,
jangan basahkan Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan
elektrik akibat litar pintas.
Jangan pasang di tempat yang terdapat
getaran dan hentakan tinggi.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas
Siling terjatuh.
Elakkan memasang di siling berbentuk
kubah.
Boleh menyebabkan aliran udara yang tidak
stabil dan mempengaruhi Kipas Siling untuk
bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas
Siling terjatuh.
Elakkan pendedahan angin dari Kipas
Siling secara berterusan.
Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Lapkan kotoran dengan menggunakan kain
yang bersih dan lembut, sabun biasa dan
air untuk mengekalkan kebersihan kipas.
Jangan gunakan pelarut (gasolin, petrol,
pencair, benzin, alkohol, serbuk pencuci,
detergen alkali) atau bahan kimia lain.
Boleh menyebabkan kerosakan bahagian
plastik atau besi berkarat.
Boleh menyebabkan kecederaan jika
komponen terjatuh.
Pastikan Cangkuk Siling (Cangkuk “J”)
atau (Cangkuk “U”) tidak longgar. Ketatkan
Bolt dan Nat pada Plat Takal menggunakan
sepana kilas. (1500-1800 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah
Kipas terjatuh akibat goyangan.
Rujuk Langkah 2 pada muka surat 9 untuk
kaedah pemasangan.
Pencegahan keselamatan
Sentiasa mengikuti arahan berikut
K15YX_new_layout_171002.indd 5
K15YX_new_layout_171002.indd 5
10/2/2017 11:19:13 AM
10/2/2017 11:19:13 AM