5
Pasang produk ini dengan betul.
Pastikan sekurang-kurangnya 45 cm
lubang pemerikaan segi empat
disediakan.
Kipas Ventilasi ini mestilah dipasang
oleh juruteknik yang berkelayakan.
Boleh menyebabkan kecederaan, jika Kipas
Ventilasi terjatuh.
Gunakan peranti untuk pemutusan dari
bekalan, sekurang-kurangnya 3 mm
jauh daripada suis dua kutub yang mesti
digabungkan dalam pendawaian tetap
yang mengikut peraturan pendawaian
elektrik tempatan.
Kipas Ventilasi mestilah dipasang
dengan ketinggian 2.5 m dari lantai.
Produk ini mesti dipasang pada siling
yang kukuh, jika siling tidak cukup
kukuh, ia mestilah dikukuhkan untuk
menjadi lebih kukuh.
Kipas ini mestilah dipasang agar
bahagian logam produk dan skru
pemasang tidak tersentuh mana-mana
bahagian berlogam pada siling seperti
logam halus, wayar halus dan plat
logam, ia mungkin menyebabkan bahaya
kebakaran jika berlaku kebocoran.
Penyelenggaraan rutin diperlukan
setiap tahun. Putuskan sumber kuasa
sebelum anda melakukan apa-apa
penyeleggaraan.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti
digantikan oleh pengilang atau
ejen servisnya atau individu yang
berkelayakan sama untuk mengelakkan
bahaya.
Produk ini untuk kegunaan dalam rumah
sahaja.
Boleh menyebabkan karat, berubah warna,
kerosakan atau kecederaan.
Jangan pasang produk ini di tempat
bersuhu tinggi.
Jangan pasang produk ini di tempat
yang dipenuhi asap berminyak.
Jangan pasang produk ini di tempat
yang berwap.
Pencegahan keselamatan
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Jangan membentuk salur seperti yang
ditunjukkan di bawah.
Penyambung
penyesuai.
Paip
beralun.
Untuk kipas ini, langkah berhati-hati
mesti diambil untuk mengelakkan
pengaliran balik gas ke dalam bilik dari
serombong terbuka gas atau peralatan
pembakaran bahan api yang lain.
Jangan pasang suis kuasa di dalam bilik
air.
Jangan pasang Kipas Ventilasi di luar
tingkap atau dinding.
Jangan gunakan petrol, benzena, bahan
pencair atau apa-apa bahan kimia
yang lain untuk membersihkan Kipas
Ventilasi.
Jangan biarkan air terkena bahagian
elektrik seperti motor atau suis.
Jangan rendam bilah atau bahagian
resin lain di dalam air panas yang
melebihi 60 °C.
Содержание 24CFM
Страница 6: ...6 45 cm 3 mm 2 5 m 60 C...