
BAHASA MELAYU
23
Peranti kunci pintu
Untuk membuka pintu dengan peranti kunci pintu lihat Gambar
rajah 1.
Gambar rajah 1
Peranti keselamatan pintu boleh dialih
dengan mengikut urutan imej (lihat Gambar rajah 2).
Gambar rajah 2
Pemasangan
Pastikan voltan kuasa yang dinyatakan pada plat penilaian
perkakas sama dengan voltan sesalur. Plat penilaian terdapat
pada bucu bahagian hadapan ketuhar (boleh dilihat apabila
pintu dibuka).
Penggantian kabel kuasa (jenis H05 V2V2 x 1,5 mm
2
) mesti
dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah. Hubungi Pusat
Perkhidmatan IKEA yang Sah.
Sambungan elektrik
AMARAN!
Pastikan perkakas dimatikan
dan dipisahkan daripada bekalan kuasa
sebelum menjalankan apa-apa operasi
penyelenggaraan - risiko kejutan
elektrik. Jangan sesekali menggunakan
kelengkapan pembersihan stim.
Jangan gunakan bahan cuci mengakis
yang kuat atau pengikis dawai untuk
membersihkan cermin kerana bahan
tersebut boleh mencalarkan permukaan
yang mungkin menyebabkan cermin pecah.
Pastikan perkakas sudah sejuk sebelum
melakukan apa-apa pembersihan atau
penyelenggaraan. - risiko melecur.
AMARAN!
Matikan perkakas sebelum
menggantikan lampu - risiko kejutan
elektrik.
PEMBUANGAN BAHAN PEMBUNGKUSAN
Bahan pembungkusan adalah 100% boleh dikitar semula
dan ditandakan dengan simbol kitar semula.
Bahagian
pembungkusan.yang berbeza mesti dibuang dengan
bertanggungjawab dan mengikut peraturan bidang kuasa
tempatan berkenaan pembuangan sampah.
PEMBUANGAN PERKAKAS RUMAH
Perkakas ini dibuat daripada bahan yang boleh dikitar semula
atau digunakan semula. Buangnya mengikut peraturan
pembuangan sampah tempatan. Untuk maklumat lanjut tentang
pengendalian, pemulihan dan pengitaran semula perkakas
elektrik rumah, hubungi pihak berkuasa tempatan anda,
perkhidmatan pengumpulan sisa rumah atau kedai tempat anda
membeli perkakas ini. Perkakas ini ditanda mengikut Arahan
Eropah 2012/19/EU, Sisa Kelengkapan Elektrik dan Elektronik
(WEEE). Dengan memastikan produk ini dibuang dengan betul,
anda akan membantu mengelakkan kesan negatif terhadap
alam sekitaran dan kesihatan manusia.
Simbol
pada produk atau dokumen yang disertakan
menunjukkan yang perkakas ini tidak patut dianggap sebagai
sisa domestik tetapi mesti dibawa ke pusat pengumpulan
yang sesuai untuk mengitar semula kelengkapan elektrik atau
elektronik.
PETUA MENJIMATKAN TENAGA
Hanya prapanaskan ketuhar jika dinyatakan dalam jadual memasak
atau resipi anda. Gunakan dulang pembakar yang dicat atau
berenamel gelap kerana haba diserap dengan lebih baik. Makanan
yang memerlukan pemasakan berlarutanakan terus dimasak
walaupun setelah ketuhar dimatikan.
PERISYTIHARAN PEMATUHAN
Perkakas ini menepati keperluan Reka Bentuk Eko Peraturan
Eropah n.65/2014 dan 66/2014 mengikut piawaian Eropah EN
60350-1.
n
Kebimbangan Persekitaran
Содержание MATALSKARE
Страница 1: ...MATÄLSKARE SG MY TH HK ID TW PH KR ...
Страница 2: ......
Страница 4: ...Min 560 mm 600 mm Min 560 mm 583 2 mm 560 mm 560 mm ...
Страница 65: ......
Страница 66: ......
Страница 67: ......
Страница 68: ...400011503767 400011503767 Inter IKEA Systems B V 2021 23256 AA 2262750 1 ...