BAHASA MELAYU
21
Untuk memasangkan semula pintu
1. Masukkan engsel di tempatnya.
2. Buka pintu sepenuhnya.
3. Turunkan kedua-dua selak.
4. Tutup pintu
Membersihkan cermin
1. Selepas mengalih pintu dan meletakkannya di atas
permukaan lembut dengan pemegangnya ke bawah, pada
masa yang sama tekan dua klip pemegang dan alihkan bucu
di bahagian atas pintu dengan menariknya ke arah anda.
2. Ankgkat dan pegang bahagian dalam cermin dengan
kuat menggunakan kedua-dua tangan, alihkannya dan
letakkannya di atas permukaan yang lembut sebelum
membersihkannya. Lakukan operasi yang sama untuk
cermin pertengahan.
3. Untuk meletakkan semula kedua-dua cermin pertengahan
dan cermin bahagian dalam dengan betul, pastikan “R”
boleh dilihat di bucu sebelah kiri.
Mula-mula masukkan bahagian panjang cermin yang
ditandakan “R” ke tempat sokongan, kemudian turunkannya
ke tempatnya.
4. Pasangkan semula bucu sebelah atas: Klik akan menandakan
kedudukan yang betul. Pastikan adangan tersemat sebelum
memasangkan semula pintu.
Untuk menggantikan lampu
1. Pisahkan ketuhar daripada bekalan kuasa.
Gambar rajah 5
2. Buka skru penutup lampu (Gambar rajah 5), gantikan lampu
(lihat nota untuk jenis lampu) dan pasang semula skru
penutup lampu.
3. Sambungkan semula ketuhar dengan bekalan kuasa.
NOTA:
- Hanya gunakan lampu halogen 25W/230 V jenis G9, T300°C .
- Lampu yang digunakan dalam perkakas direka khas untuk
perkakas elektrik dan tidak sesuai untuk pencahayaan bilik
di rumah (Peraturan Suruhanjaya (EC) No 244/2009).
- Lampu terdapat di Pusat Perkhidmatan IKEA yang Sah.
Masalah
Sebab yang mungkin
Penyelesaian
Ketuhar tidak berfungsi.
Tiada kuasa elektrik sesalur.
Sahkan kehadiran kuasa elektrik sesalur.
Ketuhar tidak disambungkan ke bekalan elektrik. Sambungkan ketuhar ke bekalan elektrik.
Pemilih ketuhar diputarkan ke“
”.
Putarkan pemilih ketuhar dan pilih fungsi
memasak.
Sebelum menghubungi Pusat Perkhidmatan yang Sah:
1. Lihat jika anda boleh menyelesaikan masalah sendiri dengan
bantuan cadangan yang diberiksan dalam jadual “Perkara
untuk dilakukan jika ...”.
2. Matikan perkakasa dan hidupkannya semula untuk melihat
jika ralat berterusan.
Jika selepas semakan di atas, ralat masih berlaku, hubungi
Pusat Perkhidmatan IKEA yang Sah.
Sentiasa nyatakan:
• penerangan ringkas ralat;
• jenis dan model ketuhar dengan tepat;
• nombor perkhidmatan (nombor selepas perkataan
Perkhidmatan pada plat penilaian), terletak di bahagian bucu
kanan ruang ketuhar (boleh dilihat apabila pintu ketuhar
dibuka);
• alamat penuh anda;
• nombor telefon anda.
Jika sebarang pembaikan diperlukan, sila hubungi Pusat
Perkhidmatan IKEA yang Sah (untuk menjamin yang alat ganti
asli akan digunakan dan pembaikan dilakukan dengan betul).
Perkara untuk dilakukan jika ...
Содержание MATALSKARE
Страница 1: ...MATÄLSKARE SG MY TH HK ID TW PH KR ...
Страница 2: ......
Страница 4: ...Min 560 mm 600 mm Min 560 mm 583 2 mm 560 mm 560 mm ...
Страница 65: ......
Страница 66: ......
Страница 67: ......
Страница 68: ...400011503767 400011503767 Inter IKEA Systems B V 2021 23256 AA 2262750 1 ...