40 www.electrolux.com
Perkakas ini direka bentuk untuk kegunaan
rumah. Jangan gunakannya untuk tujuan
selain daripada yang dimaksudkan.
Basuh fabrik yang ditujukan untuk dibasuh
dengan mesin sahaja. Arahan di label
pakaian hendaklah dipatuhi.
Jangan memuatkan perkakas secara
berlebihan. Lihat bahagian yang relevan
dalam manual pengguna ini.
Sebelum membasuh, pastikan semua
poket dikosongkan dan butang serta zip
diketatkan.
Elakkan daripada membasuh pakaian
berbulu atau koyak dan cuci kotoran
seperti cat, dakwat, karat dan kesan
rumput sebelum pembasuhan. Coli
berwayar bawah TIDAK boleh dibasuh
dengan mesin.
Pakaian yang telah tercemar dengan
produk petrol mudah meruap tidak
boleh dibasuh dengan mesin.
Jika cecair pembersihan mudah
meruap digunakan, berhati-hati untuk
memastikan bahawa cecair tersebut
ditanggalkan daripada pakaian
sebelum memasukkannya ke dalam
mesin.
1.3 PENGGUNAAN
Oleh kerana sesetengah duvet dan
selimut bulu eider harus dibasuh/
dikeringkan dalam mesin komersil
yang besar disebabkan oleh saiznya
yang besar, sila periksa dengan
pengilang item tersebut sebelum
membasuh/mengeringnya dalam
mesin domestik.
Semua bolt pengangkutan dan bahan
pembungkusan mesti dikeluarkan sebelum
penggunaan. Kerosakan serius boleh
berlaku kepada produk dan kepada harta
jika tidak mematuhi langkan ini. Lihat
bahagian yang relevan dalam manual
pengguna ini.
Setelah memasang perkakas ini, periksa
bahawa ia tidak berdiri di atas hos saluran
masuk dan saluran keluar, dan permukaan
kerja tidak menekan kabel bekalan elektrik
pada dinding.
Jika mesin terletak di atas lantai berkarpet,
sila laraskan kaki untuk membenarkan
udara beredar dengan bebas.
Sentiasa pastikan, bahawa tiada kebocoran
air daripada hos dan sambungannya
selepas pemasangan.
Sebarang kerja paip untuk memasang
perkakas ini harus dilakukan oleh tukang
paip berkelayakan.
Sebarang kerja elektrik untuk memasang
perkakas ini harus dilakukan oleh tukang
elektrik berkelayakan.
Jangan keringkan item yang telah
bersentuhan dengan bahan kimia
seperti cecair pencucian kering.
Ini bersifat mudah meruap dan boleh
menyebabkan letupan.
Hanya keringkan item yang telah
dibasuh dengan air atau yang perlu
dianginkan.
Dispenser detergen plastik tidak boleh
dibiarkan dalam dram semasa kitaran
pengeringan, kerana plastik yang
digunakan tidak direka bentuk untuk
tahan haba. Jika anda hendak
membasuh hingga kering anda
hendaklah menggunakan laci
dispenser detergen yang konven-
sional.
Pengguna hendaklah sentiasa
memeriksa bahawa mereka tidak
meninggalkan pemetik api (pakai
buang atau sebaliknya) dalam pakaian
mereka.
Jangan tarik kabel bekalan kuasa
untuk mencabut palam daripada soket;
sentiasa pegang, palam dan cabut.
Jangan gunakan mesin basuh jika
kabel bekalan kuasa, panel kawalan,
permukaan kerja atau tapak mesin
rosak supaya bahagian dalam mesin
basuh tersebut boleh diakseskan.
Содержание EWW12742
Страница 112: ...www electrolux com G0005545 002 A02377310 452014 ...