114
8. Pastikan kedudukan kerusi benar-benar kemas dengan cuba menariknya
keluar daripada titik tambat ISOFIX
(o)
. Penunjuk berwarna hijau
(n)
mesti
jelas kelihatan pada kedua-dua sisi kerusi.
9. Jika kerusi keselamatan kanak-kanak digunakan tanpa ISOFIX-Connect, ia
boleh disimpan di bawah kerusi.
💡
Dengan menggunakan ISOFIX-Connect, keselamatan anak anda
dipertingkat kerana wujud hubungan yang seolah-olah melekat dengan
kenderaan. Anak anda masih perlu dipakaikan dengan tali pinggang
keledar tiga titik kenderaan dan dengan perisai impak untuk Kumpulan 1.
💡
Jika "Perlindungan Impak Sisi Linear" (L.S.P.) tidak muat dengan pintu
kereta atau ia menggunakan ruang yang besar pada kerusi penumpang,
ia boleh ditanggalkan dengan memicit bahagian aras dan bawah elemen
itu dan mengeluarkannya daripada slot rangka kerusi. Untuk memasang
L.S.P. kembali pada kerusi, klipkannya pada kawasan bertanda di sisi
kerusi dan tolak sehingga ia masuk ke dalam slot dan kedengaran
bunyi klik.
MENGELUARKAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK
DARIPADA KENDERAAN.
Jalankan langkah-langkah pemasangan dalam urutan terbalik.
1. Buka lengan pengunci ISOFIX-Connect
(k)
pada kedua-dua sisi dengan
menekan butang pelepas
(m)
dan menariknya ke belakang serentak.
2. Tarik kerusi daripada titik tambat ISOFIX
(o)
3. Keluarkan kerusi keselamatan kanak-kanak dan simpan ISOFIX-Connect
dalam aturan pemasangan yang berlawanan.
MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar kepala
(c)
boleh dilaraskan dengan menggunakan pelaras
ketinggian penyandar kepala
(d)
yang terletak di belakang penyandar kepala
(c)
. Laraskan penyandar supaya ada jarak maksimum 2 cm (anggaran lebar
2 jari) di antara bahu kanak-kanak dan penyandar kepala itu
(c)
.
💡
Ketinggian penyandar kepala masih boleh dilaraskan semasa kerusi
sedang dipasang di dalam kereta.
PENYANDAR KEPALA BOLEH CONDONG
Penyandar Boleh Condong
(c)
membantu untuk menghalang kepala kanak-
kanak daripada terjongket ke depan semasa tidur. Penyandar boleh ditetapkan
pada 2 kedudukan. Tolak Penyandar Kepada Boleh Condong
(c)
ke depan
sehingga mencapai kedudukan yang dikehendaki.
💡
Kepala kanak-kanak hendaklah sentiasa menyentuh Penyandar Kepala
Boleh Condong.
MOD PEMASANGAN YANG BETUL
Kumpulan 1:
9 ‒ 18 kg
Kumpulan 2/3:
15 ‒ 36 kg
Mod pemasangan
dengan perisai impak
tanpa perisai impak
Pemasangan
MELETAKKAN KANAK-KANAK PADA KERUSI KESELAMATAN
KANAK-KANAK DENGAN PERISAI IMPAK – KUMPULAN 1 (9 – 18 KG)
1. Masukkan perisai impak
(f)
. Kelepak sisi perisai impak
(f)
muat betul-betul di
antara alas tangan dan permukaan kerusi peninggi.
2. Tarik keseluruhan panjang tali pinggang keledar kenderaan.
3. Letakkan tali pinggang keledar riba di atas salur tali pinggang keledar merah
itu pada perisai impak
(g)
.
4. Kancing tali pinggang keledar kenderaan ke dalam kancing tali pinggang
keledar. Bunyi “KLIK” akan kedengaran apabila ia terkunci dengan kemas.
5. Kemaskan tali pinggang keledar riba dengan menarik tali pinggang keledar
bahu ke belakang.
6. Masukkan tali pinggang keledar bahu selari dengan tali pinggang keledar
riba ke dalam turutan tali pinggang keledar
(g)
dan tarik tali pinggang
keledar bahu ketat-ketat. Pastikan kedua-dua bahagian tali pinggang
keledar meliputi keseluruhan lebar perisai impak
(f)
dalam salur tali
pinggang keledar
(g)
.
7. Masukkan tali pinggang keledar riba kemas-kemas melalui turutan tali
pinggang keledar perisai impak
(g)
sehingga terkapit di dalam panduan tali
pinggang keledar.
MS