![Bosch MSM14...GB Скачать руководство пользователя страница 9](http://html.mh-extra.com/html/bosch/msm14-gb/msm14-gb_instruction-manual_45655009.webp)
9
Pengendalian mengikut peraturan
ms
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan
simpan! Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan
yang berlaku. Perkakas ini direka bentuk untuk memproses
kuantiti isi rumah biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam
penggunaan bukan perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian
termasuklah umpamanya penggunaan dalam dapur pekerja di
kedai, pejabat, pertanian dan perniagaan komersial yang lain, dan
juga digunakan oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan
tempat kediaman yang serupa. Perkakas ini hanya sesuai untuk
memotong kecil dan mencampurkan bahan makanan. Perkakas ini
tidak sesuai untuk penyediaan kentang lecek (atau melenyet bahan
makanan yang mempunyai konsistensi yang sama). Ia tidak boleh
digunakan untuk memproses objek atau bahan yang lain. Gunakan
perkakas ini hanya dengan bahagian dan alat ganti yang tulen.
Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan
panas, seperti. plat panas. Bekas pengadun tidak sesuai digunakan
di dalam ketuhar gelombang mikro. Perkakas ini boleh digunakan
oleh orang dengan kekurangan keupayaan fizikal, deria atau metal,
atau kekurangan pengalaman dan/atau pengetahuan dibawah
selian atau telah dilatih mengikut keselamatan pengendalian
peralatan ini dan memahami kesan bahayanya. Kanak-kanak
hendaklah dijauhkan daripada perkakas dan kabel penyambungan
serta tidak dibenarkan mengendalikan perkakas ini. Kanak-kanak
tidak dibenarkan bermain dengan perkakas ini. Kanak-kanak tidak
dibenarkan untuk mencuci atau menyelenggara perkakas ini.
Arahan keselamatan
W
Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut. Perkakas hanya
dibenarkan disambung pada soket yang telah dipasang menurut
arahan dengan pembumian pada bekalan kuasa. Sila pastikan sistem
litar pelindung bagi pemasangan dalaman dipasang menurut arahan.
Sambung dan kendalikan peralatan hanya mengikut spesifikasi pada
plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda kerosakkan
pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada perkakas, seperti
menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh dilakukan oleh khidmat
pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya. Jangan sambungkan
perkakas pada pemasa atau soket yang dikawal dengan alat kawalan
jauh. Sentiasa awasi perkakas semasa menggunakannya!