![Bosch 40815356 Скачать руководство пользователя страница 23](http://html.mh-extra.com/html/bosch/40815356/40815356_user-manual_48567023.webp)
Arahan keselamatan ms
23
(
Arahan keselamatan
Arahan kesel
amatan
Mesin ini mengikuti peraturan keselamatan
yang sepadan dengan alat-alat elektrik dan
dilengkapkan dengan penindasan hingar.
Kitaran penyejukan telah diuji untuk pengalisan
air.
Untuk buku panduan ini
■
Sila baca dan patuhi panduan penggunaan
dan panduan pemasangan. Panduan
penggunaan dan panduan pemasangan ini
mengandungi maklumat penting tentang
pemasangan mesin, penggunaan mesin dan
penyelenggaraan mesin ini.
■
Pengilang tidak bertanggungjawab jika
arahan dan amaran daripada panduan
penggunaan dan panduan pemasangan tidak
diikuti.
■
Sila simpan semua dokumen untuk
penggunaan di masa hadapan dan untuk
pemilik seterusnya.
Risiko letupan
■
Jangan guna alat-alat elektrik di dalam mesin
ini. (Contohnya alat pemanas atau pembuat
ais elektrik).
■
Jangan simpan bahan yang mengandungi
gas bahan api (Contohnya tin aerosol) serta
bahan letupan di dalam mesin ini.
■
Alkohol yang beperatusan tinggi mesti ditutup
dengan ketat dan diletakkan secara tegak.
Risiko kejutan elektrik
Pengendalian yang tidak betul semasa
pemasangan dan pembaikan boleh menjadi
ancaman kepada pengguna.
■
Jika kabel bekalan elektrik rosak: Sila
matikan bekalan elektrik dengan segera.
■
Hanya pengilang, perkhidmatan pelanggan
ataupun orang yang berkelayakan boleh
membaiki mesin ini.
■
Sila guna alat-alat ganti asli daripada
pengilang sahaja.
Pengilang menjamin bahawa alat-alat ganti
ini menepati spesifikasi keselamatan.
■
Hanya perkhidmatan pelanggan boleh
memanjangkan kabel bekalan elektrik.
Risiko disebabkan oleh kesejukan
■
Jangan makan makanan beku sebaik sahaja
makanan dikeluarkan dari peti beku.
■
Elakkan sentuhan yang lama pada makanan
beku, ais dan paip-paip di dalam peti beku.
Risiko kecederaan
Bekas yang mengandungi minuman bergas
boleh meletup.
Jangan simpan bekas yang mengandungi
minuman bergas dalam peti beku.
Mengelakkan meletakkan kanak-kanak dan
orang yang lemah dalam keadaan berisiko
Yang berisiko adalah:
■
Kanak-kanak,
■
Orang yang mempunyai keupayaan fizikal,
mental dan deria yang terhad,
■
Orang yang tidak mempunyai pengetahuan
yang mencukupi atau kekurangan
pengalaman berkaitan dengan keselamatan
penggunaan alat.
Langkah:
■
Pastikan kanak-kanak dan orang yang lemah
memahami bahaya tersebut.
■
Kanak-kanak dan orang yang lemah mestilah
diselia oleh orang yang bertanggungjawab
semasa menggunakan alat tersebut.
■
Hanya kanak-kanak yang berumur 8 tahun
dan ke atas dibenarkan menggunakan alat
tersebut.
■
Selia kanak-kanak semasa penggunaan alat
tersebut terutamanya semasa pembersihan
dan penyelenggaraan.
■
Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak
bermain dengan alat tersebut.
Risiko untuk lemas
■
Untuk mesin yang mempunyai kunci pintu:
Jangan simpan kunci di tempat yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak.
■
Jangan biarkan kanak-kanak dengan
pembalut dan semua bahagiannya.
Kerosakan harta benda
Bagi mengelakkan kerosakan harta benda:
■
Dilarang menendang pintu atau menjatuhkan
di atas tapak kaki mesin semasa
memindahkannya.
■
Pastikan bahagian plastik dan kedap pintu
bebas daripada minyak dan gris.