![TEFAL Steam Pro IH Rice Cooker Manual Download Page 67](http://html1.mh-extra.com/html/tefal/steam-pro-ih-rice-cooker/steam-pro-ih-rice-cooker_manual_1075057067.webp)
64
MS
• Pastikan bahawa pemasak nasi telah dicabut palam dan disejukkan
sepenuhnya sebelum pembersihan dan penyelenggaraan.
• Amat dinasihatkan agar membersihkan alat perkakas setiap kali
selepas digunakan menggunakan span –
Rajah 12
.
• Periuk, cawan, senduk nasi, senduk sup, tudung dalaman dan cawan
kukus selamat digunakan di dalam mesin pencuci pinggan -
Rajah 13
.
Periuk, bakul kukus
• Serbuk kasar dan span logam tidak digalakkan.
• Jika makanan melekat pada bahagian bawah, anda perlu masukkan air
ke dalam periuk untuk rendaman sebelum membasuh.
• Keringkan periuk dengan teliti.
Penjagaan periuk
Untuk periuk, ikut arahan di bawah dengan teliti:
• Untuk memastikan penyelenggaraan kualiti periuk, dicadangkan tidak
memotong makanan di dalamnya.
• Pastikan anda memasukkan kembali periuk ke dalam pemasak nasi.
• Guna senduk plastik yang disediakan atau senduk kayu dan bukan jenis
logam untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan periuk –
Rajah 14
.
• Untuk mengelak sebarang risiko berkarat, jangan masukkan cuka ke
dalam periuk.
• Warna permukaan periuk mungkin bertukar selepas menggunakan
kali pertama atau selepas penggunaan lama. Pertukaran warna
ini disebabkan oleh tindakan wap dan air serta tidak memberi
sebarang kesan ke atas penggunaan periuk pemasak nasi, juga
tidak membahayakan kesihatan. Benar-benar selamat untuk terus
menggunakannya.
Membersihkan tudung dalaman
• Tanggalkan tudung dalaman dengan menolak keluar dengan kedua-
dua tangan. Bersihkan ia dengan span dan cecair pencuci (
Rajah 15
).
Kemudian, lap hingga kering dan masukkannya semula di belakang 2
rusuk dan tekan di bahagian atas sehingga ia tetap.
Pembersihan dan penjagaan bahagian perkakas yang
lain
• Bersihkan luaran Pemasak Nasi –
Rajah 16
, bahagian dalam tudung
dan kord dengan kain lembap dan lap kering. Jangan guna produk yang
kasar.
PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN