79
Apakah keperluan sistem untuk menggunakan aplikasi Swarovski Activity Crystal?
PENYEGERAKAN TANPA WAYAR:
Keperluan:
Bluetooth
®
4.0 atau ke atas
Bluetooth
®
Smart
Sila rujuk kepada www.misfit.com/go untuk maklumat lanjut.
Bolehkah saya menyambung beberapa peranti ke akaun aplikasi yang sama?
Ya, anda boleh menyambung satu atau lebih Swarovski Activity Crystal ke aplikasi yang sama dan
beralih antara peranti yang berlainan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa hanya
satu Swarovski Activity Crystal boleh digunakan pada satu masa. Sebelum anda beralih antara
peranti, pastikan bahawa anda menyegerakkan peranti semasa pada aplikasi Swarovski Activity
Crystal untuk memastikan semua data semasa anda disimpan dengan selamat dan tidak akan hilang
ketika beralih peranti.
Bolehkah Swarovski Activity Crystal disegerakkan dengan aplikasi pihak ketiga yang lain?
Ya, anda boleh menyambung Swarovski Activity Crystal anda dengan aplikasi-aplikasi lain, seperti
Apple Health, SpeedoFit, MyFitnessPal, Lose it! dan banyak lagi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut
buka aplikasi Swarovski Activity Crystal, pilih Menu dan kemudianApps (Aplikasi).
Bagaimanakah boleh saya membuka akaun baru untuk peranti Swarovski Activity Crystal sedia ada?
Sebelum menggunakan peranti yang sebelum ini digunakan oleh orang lain, pertama pastikan
bahawa Activity Crystal telah diputuskan sambungan daripada akaun aplikasi Swarovski Activity
Crystal individu tersebut sebelum meneruskan proses berikutnya, kerana Swarovski Activity Crystal
hanya dapat dipautkan ke satu akaun pada satu masa.
Untuk memutuskan sambungan Swarovski Activity Crystal daripada akaun aplikasi Swarovski Activity
Crystal sedia ada:
1. Buka aplikasi dan pilih “Device” (Peranti)
2. Tatal ke bawah sehingga anda mencapai “Remove Device” (Alihkan Peranti)
3. Pilih “Remove Device” (Alihkan Peranti)– ini akan memutuskan sambungan
Swarovski Activity Crystal
4. Pautkan Swarovski Activity Crystal baru anda
(Dapatkan arahan dalam Manual Mula Pantas terkini di sini)
Bagaimana saya boleh mengemas kini perisian Swarovski Activity Crystal?
Apabila kemas kini boleh didapati untuk Swarovski Activity Crystal anda, penunjuk penyegerakkan
pada aplikasi Swarovski Activity Crystal anda akan memaparkan anak panah menghadap ke arah
atas:
1. Ketik sekali pada ikon ini untuk membuka halaman kemas kini
2. Kemudian ketik pada bulatan yang dipaparkan untuk memulakan kemas kini
Sila ambil perhatian bahawa sebarang kemas kini memerlukan sambungan rangkaian dan mungkin
mengambil masa sehingga beberapa minit.
Bagaimanakah Swarovski Activity Crystal merakam data saya?
Paparan peranti akan mengeset semula setiap hari pada waktu tengah malam dan mula merakam
data untuk hari baru. Maklumat daripada hari sebelumnya akan disimpan dalam memori Swarovski
Activity Crystal anda secara automatik dan akan dipindahkan ke aplikasi Swarovski Activity Crystal
apabila anda menyegerakkan peranti seterusnya.
KEPERLUAN MINIMUM:
iOS 7.0 atau ke atas
AndroidTM 4.3 atau ke atas