NOTA
Pembersih udara ini akan menyedut udara bilik dari salur masuk udara, mengalirkan
udara melalui Prapenapis, iaitu Penapis Penyahbau dan Penapis HEPA di dalam unit,
kemudian mengeluarkan udara tersebut melalui salur keluar udara. Penapis HEPA
boleh menyingkirkan 99.97% habuk sekecil 0.3 mikron yang dapat melepasi penapis
dan juga membantu menyerap bau.
Penapis Penyahbau menyerap bau sedikit demi sedikit semasa udara mengalir
melalui penapis.
Sesetengah bau yang diserap oleh penapis boleh terurai lama-kelamaan, menyebabkan
bau semakin kuat. Bergantung pada persekitaran di mana ia digunakan, terutama
sekali apabila produk digunakan dalam persekitaran yang melampau (jauh lebih teruk
berbanding penggunaan rumah biasa), bau ini boleh menjadi semakin kuat dalam
tempoh yang lebih singkat berbanding yang dijangkakan. Jika bau berlarutan, penapis
hendaklah diganti.
• Pembersih udara direka untuk menghapuskan habuk yang terampai dalam udara dan bau, tetapi
bukan gas-gas yang berbahaya (sebagai contoh, karbon monoksida yang terkandung dalam asap
rokok). Jika sumber bau masih ada di situ, pembersih udara mungkin tidak dapat menghapuskan
sepenuhnya bau itu.
Sila baca sebelum mengendalikan Pembersih Udara baru anda
Panel Belakang
Penapis Penyahbau
Penapis HEPA
OM_FP-G50E_50L_MA.indd 12
OM_FP-G50E_50L_MA.indd 12
9/9/2559 BE 14:36
9/9/2559 BE 14:36