8 Bahasa Melayu
Peny
eleng
gar
aan
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar gelombang mikro dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada
terkumpul pada atau di dalam ketuhar gelombang mikro. Berikan juga perhatian khusus pada
pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-dua
bahagian dalam dan luar ketuhar gelombang mikro. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar gelombang
mikro
1.
Dengan ketuhar gelombang mikro yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan
di tengah pinggan putar.
2.
Panaskan ketuhar gelombang mikro selama 10 minit pada kuasa maks.
3.
Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar gelombang mikro menyejuk. Kemudian,
buka pintu dan bersihkan ruang memasak.
AWAS
•
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup dengan
lancar. Jika tidak, kitar hayat ketuhar gelombang mikro akan menjadi pendek.
•
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam bolong udara ketuhar
gelombang mikro.
•
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
•
Selepas setiap penggunaan ketuhar gelombang mikro, gunakan bahan pencuci lembut
untuk membersihkan ruang memasak selepas menunggu ketuhar gelombang mikro untuk
menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar gelombang mikro ini tidak mempunyai bahagian boleh dialih-pengguna di dalam. Jangan
cuba untuk menggantikan atau membaiki ketuhar gelombang mikro sendiri.
•
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
•
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
•
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar gelombang mikro, cabut
palam kod kuasa daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat servis Samsung
setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tempoh yang panjang, cabut
palam daripada kod kuasa dan alihkan ketuhar gelombang mikro ke lokasi yang kering,
bebas habuk. Habuk dan lembapan yang terbina di dalam ketuhar gelombang mikro mungkin
menjejaskan prestasi ketuhar gelombang mikro.
MS30T5018AK_SP_DE68-04598C-00_MS+ZH+EN.indb 8
3/2/2020 2:28:09 PM
Summary of Contents for MS30T5018A Series
Page 35: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 14 PM ...
Page 37: ...微波炉 用户手册 MS30T5018A MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 1 3 2 2020 2 28 17 PM ...
Page 71: ...备忘录 MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 22 PM ...
Page 107: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 30 PM ...