6 Bahasa Melayu
Ar
ahan k
eselamat
an
Arahan keselamatan
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan.
Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
•
Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
•
Dulang, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro
anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua
tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan,
hubungi pusat servis Samsung di tempat anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian
di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk kegunaan
domestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan bijian.
Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh
penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya, sentiasa
pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair
sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang membuak-
buak.
Berdiri kira-kira sedepa dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan melecur
disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik selama
30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
•
Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
•
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan
kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas digunakan.
•
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting
: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak
tidak boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh
rosak.
•
Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
MS30T5018AK_SP_DE68-04598C-00_MS+ZH+EN.indb 6
3/2/2020 2:28:09 PM
Summary of Contents for MS30T5018A Series
Page 35: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 14 PM ...
Page 37: ...微波炉 用户手册 MS30T5018A MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 1 3 2 2020 2 28 17 PM ...
Page 71: ...备忘录 MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 22 PM ...
Page 107: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 30 PM ...