11
MALA
Y
SETING MEMANAS SEMULA AUTOMATIK
Jadual yang berikut menunjukkan pelbagai Program Memanas Semula
Automatik, kuantiti, masa biar (standing times) dan cadangan yang sesuai.
Kod/Makanan
Bahagian
Masa biar
Cadangan
1. Hidangan siap
sedia
(dingin)
300-350 g
400-450 g
3 min.
Letakkan di atas pinggan seramik dan tutup
dengan plastik lekap gelombang mikro.
Program ini sesuai untuk hidangan yang
terdiri daripada 3 komponen (contohnya
daging dengan sos, sayur dan hidangan
sampingan seperti kentang, nasi atau pasta).
2. Hidangan siap
sedia
(sejuk beku)
300-350 g
400-450 g
4 min.
Ambil hidangan siap sedia sejuk beku dan
periksa sama ada bekasnya sesuai untuk
gelombang mikro. Cucuk plastik hidangan
siap sedia. Letakkan hidangan siap sedia
sejuk beku di tengah-tengah. Program ini
sesuai untuk hidangan siap sedia sejuk
beku yang terdiri daripada 3 komponen
(contohnya daging dengan sos, sayur dan
hidangan sampingan seperti kentang, nasi
atau pasta).
3. Minuman
(kopi, susu, teh,
air) (suhu bilik)
150 ml
(1 cawan)
300 ml
(2 cawan)
450 ml
(3 cawan)
600 ml
(4 cawan)
1-2 min.
Tuang ke dalam cawan seramik dan
panaskan semula tanpa ditutup. Letakkan
1 cawan di tengah-tengah, 2 cawan
bertentangan satu sama lain dan 3 atau 4
cawan dalam satu bulatan. Kacau dengan
berhati-hati sebelum dan selepas masa biar,
berhati-hati apabila mengeluarkannya dari
ketuhar.
4. Bertih Jagung
100-150 g
-
Gunakan produk bertih jagung khas untuk
menyiapkan di dalam ketuhar gelombang
mikro. Ikut arahan-arahan pengilang
makanan dan letakkan beg di tengah-tengah
pinggan putar. Semasa program ini jagung
akan meletup dan beg itu akan menjadi lebih
besar. Hati-hati apabila mengeluarkan dan
membuka beg yang panas.
MENGGUNAKAN CIRI MENCAIR BEKU KUASA
AUTOMATIK
Ciri Mencair Beku Kuasa Automatik membolehkan anda mencairbekukan
daging, ayam itik, ikan dan roti/kek. Masa mencair beku dan aras kuasa
dilaraskan secara automatik.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang
mikro.
Mula-mula, letakkan makanan sejuk beku di tengah-tengah pinggan putar
dan tutup pintu ketuhar.
1.
Tekan butang
Power Defrost (Cair Beku Kuasa)
( ) yang anda mahu seberapa banyak kali yang
perlu.
Contoh:
Tekan butang
Power Defrost (Cair
Beku Kuasa)
( ) tiga kali untuk mencairbekukan ikan.
2.
Pilih berat makanan tersebut dengan menekan
butang ( ) dan ( ).
Ia boleh ditetapkan sehingga berat maksimum
2000 g. (Roti/Kek boleh ditetapkan sehingga berat
maksimum 1000 g.)
3.
Tekan butang .
Hasil :
• Proses mencair beku bermula.
• Ketuhar berbunyi bip separuh jalan
semasa mencair beku untuk mengingatkan anda supaya
membalikkan makanan itu.
• Tekan butang sekali lagi untuk menghabiskan proses
mencair beku.
Anda juga boleh mencairbekukan makanan secara manual. Untuk
melakukan demikian, pilih fungsi memasak/memanas semula
gelombang mikro dengan aras kuasa 180 W. Rujuk kepada bahagian
yang bertajuk "Memasak/Memanas semula di halaman 9 untuk butiran
lanjut.
ME109F-1SH_XSM-DE68-03820D_MA.indd 11
2011-09-10 1:27:58