38
MALA
Y
PETUA KHAS
MENCAIRKAN MENTEGA
Letakkan 50 g mentega di dalam bekas kaca kecil yang dalam. Tutup dengan
penutup plastik. Panaskan selama 30-40 saat menggunakan 900 W, sehingga
mentega cair.
MENCAIRKAN COKLAT
Letakkan 100 g coklat di dalam bekas kaca kecil yang dalam. Panaskan selama 3-5
minit, menggunakan 450 W sehingga coklat cair. Kacau sekali atau dua kali semasa
mencairkan. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
MENCAIRKAN MADU BATU
Letakkan 20 g madu batu di dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 20-30 saat menggunakan 300 W, sehingga madu cair.
MENCAIRKAN GELATIN
Letakkan kepingan-kepingan gelatin kering (10 g) selama 5 minit dalam air sejuk.
Letakkan gelatin yang telah dituskan di dalam mangkuk pyrex kaca yang kecil.
Panaskan selama 1 minit menggunakan 300 W. Kacau selepas mencairkan.
MEMASAK GERLIS/AISING (UNTUK KEK DAN GATEAUX)
Campurkan gerlis segera (kira-kira 14 g) dengan 40 g gula dan 250 ml air sejuk. Masak
tanpa ditutup dalam mangkuk pyrex kaca selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan
900 W, sehingga gerlis/aising menjadi lutsinar. Kacau dua kali semasa memasak.
MEMASAK JEM
Letakkan 600 g buah-buahan (contohnya beri campur) di dalam mangkuk pyrex
kaca bertutup yang sesuai saiznya. Tambahkan 300 g gula penjeruk dan kacau rata.
Masak bertutup selama 10-12 minit menggunakan 900 W. Kacau beberapa kali
semasa memasak. Tuangkan langsung ke dalam gelas-gelas jem yang kecil dengan
penutup putar. Biarkan pada penutup selama 5 minit.
MEMASAK PUDING
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500 ml) dengan mengikut arahan
pembuat dan kacau rata. Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai
saiznya. Masak bertutup selama 6½ hingga 7½ minit menggunakan 900 W.
Kacau beberapa kali semasa memasak.
MEMERANGKAN HIRISAN BADAM
Selerakkan 30 g badam yang dihiris dengan rata di atas pinggan seramik bersaiz
sederhana. Kacau beberapa kali semasa memerang selama 3½ hingga 4½ minit
menggunakan 600 W. Biarkan ia selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan
sarung tangan ketuhar semasa mengeluarkan!
SPESIFIKASI TEKNIKAL
SAMSUNG berusaha untuk mempertingkatkan produk-produknya sepanjang masa.
Oleh itu, kedua-dua spesifikasi reka bentuk dan panduan pengguna ini tertakluk
kepada perubahan tanpa pemberitahuan.
Model
MC285TATC**
Sumber kuasa
230 V ~ 50 Hz AC
Penggunaan kuasa
Kuasa maksimum
Gelombang mikro
Gril (elemen pemanas)
Perolakan (elemen pemanas)
2700 W
1400 W
1250 W
Maks. 1850 W
Kuasa output
100 W / 900 W – 6 aras (IEC-705)
Frekuensi pengendalian
2450 MHz
Dimensi (L x D x T)
Bahagian luar
Rongga ketuhar
517 x 467 x 310 mm
358 x 327 x 231,5 mm
Isi padu
28 L
Berat
Bersih
Kira-kira 18,0 kg
MC285TATCSQ_SP_DE68-04139D_MA.indd 38
2013-01-25 5:07:35