19
MALA
Y
Jadual yang berikut menunjukkan pelbagai Program Memanas Semula & Memasak
Auto matik, kuantiti, masa biar (standing times) dan cadangan yang sesuai. Program
no 1 dan 2 berjalan dengan tenaga gelombang mikro sahaja.
Program no 3 dan 4 berjalan dengan kombinasi gelombang mikro dan perolakan.
Kod Makanan
Saiz
hidangan
Masa
biar
Cadangan
1.
Hidangan siap
sedia/hidangan
bersalut
(dingin)
300-350 g
400-450 g
500-550 g
3 min.
Letakkan di atas pinggan seramik dan tutup
dengan plastik lekap gelombang mikro.
Program ini sesuai untuk hidangan yang
terdiri daripada 3 komponen (contohnya
daging dengan sos, sayur dan hidangan
sampingan seperti kentang, nasi atau pasta).
2.
Sup/sos
(dingin)
200-250 g
300-350 g
400-450 g
500-550 g
600-650 g
700-750 g
2-3 min. Tuangkan ke dalam pinggan atau mangkuk
sup seramik dalam dan tutup dengan
penutup plastik semasa pemanasan.
Kacau sup, sebaik sahaja ketuhar berbunyi
bip (ketuhar terus beroperasi dan berhenti,
apabila anda membuka pintunya). Kacau
dengan berhati-hati sebelum dan selepas
masa biar.
3.
Rol roti sejuk
beku
(-18 hingga
20 °C)
100-150 g
200-250 g
300-350 g
400-450 g
3-5 min. Letakkan 2 hingga 6 keping rol roti sejuk
beku (-18°C) dalam satu bulatan di atas rak
rendah. Letakkan 8 keping rol roti sejuk beku
sama rata di atas rak rendah dan tinggi.
Program ini sesuai untuk produk-produk
kilang roti sejuk beku yang kecil seperti rol
roti, rol ciabatta dan baget kecil.
4.
Kek sejuk beku
200-300 g
400-500 g
600-700 g
800-900 g
1000-1100 g
1200-1300 g
5-25 min. Letakkan kek sejuk beku di tengah-tengah,
letakkan kepingan kek sejuk beku dalam
bulatan di rak rendah. Tetapkan rak di
tengah-tengah ketuhar di atas pinggan putar.
Dengan bantuan perolakan, kek akan
menghangat dan garing. Program ini sesuai
untuk kek (bulat) dan kepingan kek, seperti
kek buah-buahan dengan toping derai, kek
streusel atau kek dengan kaskas. Ia tidak
sesuai untuk kek dengan isian krim dan kek
dengan toping coklat.
MENGGUNAKAN CIRI MENCAIR BEKU KUASA
Ciri Mencair beku Kuasa (
) membolehkan anda mencairbekukan daging,
ayam itik, ikan, roti, kek dan buah-buahan. Masa mencair beku dan aras kuasa
dilaraskan secara automatik. Anda hanya pilih program dan berat makanan.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang
mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan sejuk beku di atas bekas seramik di tengah-tengah
pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1.
Tekan butang
Power Defrost (Mencair beku Kuasa)
(
).
2.
Pilih jenis makanan yang ingin anda masak dengan
menekan butang
Power Defrost (Mencair beku Kuasa)
(
). Rujuk jadual di halaman yang berikut bagi
perihalan pelbagai seting yang telah dipraprogramkan.
3.
Pilih berat makanan dengan memutar
tombol dail
.
4.
Tekan butang
Start/+30s (Mula/+30s)
(
).
Hasil :
• Proses mencair beku bermula.
• Ketuhar berbunyi bip semasa mencair
beku untuk mengingatkan anda supaya membalikkan
makanan itu.
5.
Tekan butang
Stop/Eco (Berhenti/Ekonomi)
(
)
untuk menghentikan mencair beku.
Hasil :
Setelah proses memasak selesai, ketuhar
akan berbunyi bip dan memancarkan
"0" empat kali. Ketuhar kemudian akan
berbunyi bip sekali setiap min.
Anda juga boleh mencairbekukan makanan secara manual. Untuk melakukan
demikian, pilih fungsi gelombang mikro dengan aras kuasa 180 W. Rujuk
bahagian yang bertajuk "Mencair Beku" di halaman 34 untuk butiran lanjut.
MC285TATCSQ_SP_DE68-04139D_MA.indd 19
2013-01-25 5:07:30