Langkah-langkah Keselamatan
Sebelum memasak makanan atau cecair di dalam ketuhar gelombang mikro
anda, sila pastikan langkah-langkah keselamatan yang berikut diambil.
1. JANGAN gunakan apa-apa perkakas memasak logam di dalam ketuhar gelombang mikro:
◆
Bekas logam
◆
Set makan malam yang mempunyai perapi emas atau perak.
◆
Pencucuk daging, garpu, dan sebagainya.
Sebab:
Arka atau percikan api elektrik boleh berlaku dan boleh merosakkan ketuhar.
2. JANGAN panaskan:
◆
Botol, balang atau bekas kedap udara atau kedap vakum.
Contoh: Balang makanan bayi
◆
Makanan kedap udara.
Contoh: Telur, kacang di dalam kulit, tomato
Sebab:
Tekanan yang meningkat boleh menyebabkannya meletup.
Panduan: Tanggalkan penutup, cucuk kulit, beg, dan lain-lain.
3. JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Sebab:
Dinding ketuhar itu boleh rosak.
Panduan: Tinggalkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa. Air itu akan menyerap
gelombang mikro sekiranya anda secara tidak sengaja menghidupkan ketuhar itu
semasa ia kosong.
4. JANGAN tutup lubang-lubang pengalihudaraan di belakang ketuhar dengan kain atau kertas.
Sebab:
Kain atau kertas itu boleh terbakar kerana udara panas dilepaskan dari ketuhar.
5. SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari ketuhar.
Sebab:
Sesetengah bekas menyerap gelombang mikro dan haba sentiasa dipindahkan
daripada makanan kepada bekas. Oleh itu, bekas menjadi panas.
6. JANGAN sentuh unsur pemanasan atau dinding bahagian dalam ketuhar.
Sebab:
Dinding-dinding tersebut mungkin cukup panas untuk melecurkan kulit walaupun
selepas proses memasak selesai, meskipun ia tidak kelihatan panas. Jangan
biarkan bahan-bahan yang mudah terbakar bersentuhan dengan mana-mana
bahagian dalam ketuhar. Biarkan ketuhar itu sejuk dahulu.
7. Untuk mengurangkan risiko kebakaran di dalam rongga ketuhar:
◆
Jangan simpan bahan-bahan yang mudah terbakar di dalam ketuhar
◆
Tanggalkan ikatan dawai daripada kertas atau beg plastik
◆
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk mengeringkan surat khabar
◆
Kalau ternampak asap di dalam ketuhar, biarkan pintu ketuhar tertutup dan tutup suis atau
cabut palam ketuhar daripada bekalan kuasa
8
S
AMSUNG
E
LECTRONICS
MA
M1779(MA1) 8/31/56 6:00 PM Page 8