![Noxxa PC 36 Manual Download Page 21](http://html1.mh-extra.com/html/noxxa/pc-36/pc-36_manual_1713727021.webp)
21
PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
1. Cabut plag periuk dan biarkan unit sejuk sebelum dibersihkan.
2. Pastikan periuk dalaman sejuk sepenuhnya sebelum dicuci.
3. Keluarkan periuk dalaman dan cuci dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan.
4. Lap bahagian luar periuk dan penutup menggunakan kain lembap dan bilas penutup dengan
air suam dan sabun. Jangan rendam di dalam air.
5. Tarik takungan pemeluwapan ke bawah untuk mengeluarkannya. Cuci dengan air suam dan
sabun. Bilas dan keringkan. Pasang balik dengan menolak kembali ke tempatnya.
6. Terbalikkan penutup, tarik gasket silikon untuk mengeluarkannya. Bersihkan gasket silikon
dengan air sabun. Bilas dan keringkan dengan teliti. Pasang balik gasket dengan betul dan
pastikan alur di bahagian tengah gasket diposisikan di sekitar cincin logam di bahagian sisi
dalam penutup. Jika gasket tidak diletakkan dengan betul, penutup tidak dapat ditutup
dengan betul dan wap akan terlepas.
7. Periksa secara berkala untuk memastikan gasket silikon adalah bersih, fleksibel, dan tidak
retak, longgar, atau koyak. Jika gasket silikon rosak, gantikannya sebelum menggunakan
periuk tekanan serbaguna ini.
8. Untuk mengekalkan prestasi periuk anda, plat pemanasan mesti dibersihkan selepas setiap
penggunaan. Lap dengan kain lembap yang lembut dan pastikan anda keringkannya dengan
teliti.
9. JANGAN calarkan periuk dalaman tidak melekat ini dengan sebarang objek tajam.
10. JANGAN gunakan perkakas logam semasa memasak. Cadangkan supaya menggunakan
perkakas yang diperbuat daripada kayu atau silikon sahaja untuk mengelakkan periuk dalaman
daripada tercalar.
11. JANGAN gunakan pembersih yang kasar atau pad penyental untuk membersihkan sebarang
bahagian.
12. Servis atau pembaikan hanya boleh dilakukan oleh juruteknik yang bertauliah.
n
Cara Penyimpanan Periuk
Simpan periuk dengan terbalikkan penutup di atas periuk. Ini akan melindungi injap, tombol,
dan pengawal tekanan pada penutup. Jika periuk disimpan dengan penutup ditutup rapat, bau
mungkin akan terhasil di dalam periuk.
PERHATIAN:
Untuk menghilangkan bau pada penutup, bersihkan dengan air dan cuka (nisbah 1:1).
PERHATIAN:
Penutup mungkin akan mempunyai kesan air atau perubahan warna selepas diguna-
kan untuk kali pertama atau selepas suatu tempoh penggunaan. Perubahan warna ini
adalah disebabkan oleh tindakan stim dan air dan tiada kesan ke atas penggunaan
periuk tekanan elektrik serbaguna ini, dan tidak berbahaya untuk kesihatan anda. Ia
adalah selamat untuk terus digunakan.
Summary of Contents for PC 36
Page 1: ...1 Periuk Tekanan Elektrik Serbaguna Model no PC 36 Manual...
Page 4: ...4...
Page 25: ...25 Electric Multifunction Pressure Cooker Model no PC 36 INSTRUCTION MANUAL...
Page 28: ...28...
Page 49: ...49 PC 36...
Page 50: ...50 Noxxa Noxxa One Touch to Cook LED 2 LED Noxxa...
Page 51: ...51 52 53 54 55 57 58 59 60 62 64 65 66 67 68 69 70 71...
Page 53: ...53 18 19 STEAM 20 21 22 23 24 25 26 Noxxa 1 2 3 4 MANUAL 15 5 STEAM 6...
Page 54: ...54 1 5kpa 2 35 kPa 3 70 kPa 4 90 kPa 124 kPa 2 190 kPa U n 230 kpa...
Page 55: ...55 1 2 3 4 3 6 8 7 10 11 12 5 9...
Page 57: ...57 n n Noxxa 1 60...
Page 64: ...64 n 40 25 0 01 4 00 1 130 C 150 C 40 50 1 2 3 4 STEAM 5 CAKE BAKE 4 ON 6 7 WARM 8...
Page 65: ...65 n 30 99 C 0 01 0 30 1 150 C 160 C 1 2 3 STIR FRY 4 ON 4 HOT 5 STIR FRY...
Page 66: ...66 n 10 3 0 01 4 00 1 100 C 10 15 1 2 1 2 3 4 STEAM 5 STEAM 4 ON 6 7 WARM STEAM STEAM STEAM 5...
Page 67: ...67 n 20 4 77 C 0 30 20 00 30 82 C 88 C 1 2 3 4 STEAM 5 SLOW COOK 4 ON 6 7...
Page 68: ...68 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 n 1 1...
Page 69: ...69 n 1 2 3 4 n Noxxa DUPONT Teflon 3 3 Teflon Platinum Coated 3 n...
Page 70: ...70 E1 E2 E3 E3 E4...