8
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
•
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon
anda. Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak
diliputi oleh waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
•
Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan
tanpa meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung,
contohnya, di dalam poket dada anda.
•
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
•
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
•
Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan
telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan
mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
•
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
•
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
•
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan
jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
•
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
•
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak
betul.
Summary of Contents for LGX155.ASEASG
Page 1: ...www lg com MFL69344301 1 0 USER GUIDE LG X155 BAHASA MELAYU 简体中文 ENGLISH ...
Page 2: ......
Page 16: ...14 开始了解您的手机 扬声器 后置相机镜头 闪光灯 电源 锁定键 按住此键可开 关机 短按可锁定 解锁屏幕 音量键 同时屏幕关闭 长按音量键可启动照相机 ...
Page 43: ...41 信息 对话视图 与另一方交流的信息将以时间顺序显示 以使您方便查看和查找对 话 更改信息设置 您的手机已预定义信息设置 因此您可以立即发送信息 您可以根 据喜好更改设置 点击 设置 ...
Page 50: ...48 照相机和视频 备注 根据所安装的软件 一些文件格式可能不受支持 如果文件大小超过可用内存 打开文件时可能会发生错误 ...
Page 152: ......
Page 229: ......
Page 230: ......