BM
15
Perhatian
Spesifikasi
Arahan Keselamatan
A
Langkah-Langkah Am
B
* Spesifikasi boleh berubah tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Model
Voltan
Kuasa
Jenis Penapis
Kapasiti Tangki Habuk
Panjang Talikod
Tekanan Vakum
Paras Bunyi
Berat Bersih
Berat Kasar
Ukuran Produk (LxWxH)
Ukuran Kotak (LxWxH)
VC3666
220 -240V~ 50/60Hz
1600W
HEPA
25L
4 meter
17kPa-18kPa
83dB
7.4 kg
8.9 kg
410 x 360 x 610mm
426 x 375 x 665mm
Baca segala arahan dengan teliti sebelum dan semasa menggunakan perkakas dan simpan untuk
tujuan rujukan di masa hadapan.
1. Sebelum menyambungkan perkakas dengan sesalur bekalan kuasa AC rumah anda, pastikan
kuasa bekalan adalah sepadan dengan spesifikasi pada perkakas.
2. Jangan pegang plag dan mengendalikan perkakas dengan tangan basah.
3. Sila matikan dan cabut plag jika perkakas tidak digunakan atau sebelum kerja pembersihan
dan penyelenggaraan dilakukan. Pastikan kuasa dimatikan sebelum menanggalkan plag.
4. Jangan tarik, angkat, atau bawa perkakas dengan talikod. Jangan terlalu membengkok,
meregang, memulas, mengangkut dan menginjak talikod atau meletakkan objek berat di
atasnya.
5. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang
berkelayakan untuk mengelakkan dari sebarang bahaya.
6. Gunakan aksesori-aksesori yang dibekalkan oleh pihak pengilang sahaja.
7. Sila berhenti dari terus menggunakan perkakas jika terdapat sebarang indikasi-indikasi
kerosakan pada perkakas. Hantar ke pusat servis berdekatan untuk tujuan pembaikan. Anda
dilarang untuk cuba membaiki perkakas sendiri.
8. Perkakas ini adalah untuk kegunaan di dalam rumah sahaja, kegunaan komersil akan
membatalkan jaminannya.
9. Pastikan semua bahagian dipasang dengan selamat sebelum menggunakan perkakas.
1. Perkakas ini tidak sesuai untuk digunakan oleh orang ( termasuk kanak-kanak ) yang kelainan
upaya dari segi fizikal, deria dan mental atau orang yang kurang pengalaman dan pengetahuan
melainkan mereka ini diberikan perhatian atau tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh
mereka yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diperhatikan agar mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
2. Jauhkan plastik pembungkusan dari kanak-kanak – ia berisiko untuk melemaskan !
3. Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan semasa ia disambungkan ke bekalan kuasa
utama.
4. Jangan dedahkan perkakas di bawah pancaran cahaya matahari atau hujan.
5. Risiko Ledakan! Jangan kendalikan perkakas berhampiran dapur gas, dapur minyak tanah,
periuk gas, di mana-mana ruang dengan api terbuka, atau kawasan persekitaran dengan suhu
yang tinggi.
6. Segera matikan suis perkakas atau tarik plag kuasa jika terdapat buih atau kebocoran cecair
pada perkakas.
7. Jangan terbalikkan perkakas sekiranya air masuk ke dalam motor dan merosakkan motor.
8. Berhati-hati ketika membersih dan melakukan kerja-kerja vakum di kawasan tangga.