NOTA UMUM
Peralatan elektrik perubatan memerlukan langkah berjaga-jaga khas berkenaan dengan
keserasian elektromagnet (Electromagnetic Compatibility atau EMC) dan perlu dipasang dan
diservis menurut maklumat EMC yang disediakan dalam dokumen ini dan arahan penggunaan
yang selebihnya bagi unit kawalan ini.
AMARAN!
• Alat komunikasi RF (termasuk alat persisian seperti kabel antena dan antena luaran)
hendaklah digunakan dalam jarak tidak melebihi 30 cm (12 inci) dari mana-mana
bahagian Normatec 3, termasuk kabel yang dikhaskan oleh pengilang. Jika tidak,
prestasi alat ini boleh merosot.
• Normatec 3 tidak boleh digunakan bersebelahan atau bertindih dengan alat lain.
Sekiranya penggunaan secara bersebelahan atau bertindih terpaksa dilakukan,
Normatec 3 hendaklah dipantau untuk memastikan sistem dapat berfungsi secara
normal. Jika sistem tidak berfungsi dengan normal, Normatec 3 atau alat lain
hendaklah dialih.
• Penggunaan aksesori, transduser dan kabel selain yang dikhaskan atau yang disediakan
oleh pengilang boleh menyebabkan peningkatan pancaran elektromagnet atau
mengurangkan keimunan elektromagnet alat ini yang boleh menjejaskan fungsi alat.
• Elakkan pendedahan alat kepada punca gangguan elektromagnet (electromagnetic
interference, EMI) yang diketahui seperti diatermi, litotripsi, lecuhan elektrik
(electrocautery), Pengecaman Frekuensi Radio (Radio Frequency Identification, RFID)
dan sistem keselamatan elektromagnet seperti sistem tinjauan antikecurian/artikel
elektronik dan pengesan logam. Sila ambil maklum bahawa kehadiran peranti RFID
mungkin tidak begitu jelas. Jika gangguan sedemikian disyaki, laraskan kedudukan
alat jika boleh untuk memaksimumkan jarak.
PANCARAN ELEKTROMAGNET
Alat ini direka untuk digunakan dalam persekitaran elektromagnet di klinik, hospital, kediaman
atau semasa latihan atlet. Pengguna peralatan ini hendaklah memastikan bahawa peralatan
digunakan dalam persekitaran sedemikian.
Pancaran
Pematuhan
Menurut
Persekitaran Elektromagnet
Pancaran RF
(CISPR 11)
Kumpulan 1
Peralatan menggunakan tenaga RF untuk fungsi
dalaman sahaja. Oleh itu, pancaran RF peralatan
adalah sangat rendah dan tidak mungkin
menyebabkan apa-apa gangguan terhadap
peralatan elektronik yang berdekatan.
Pengelasan
pancaran
CISPR
Kelas B
Peralatan ini sesuai untuk digunakan di semua
tempat, termasuk bangunan kediaman dan
bangunan yang bersambung secara terus dengan
rangkaian bekalan kuasa voltan rendah awam yang
dibekalkan kepada bangunan yang digunakan untuk
tujuan domestik.
Pancaran
harmonik (IEC
61000-3-2)
Kelas A
Turun naik/
kerlipan voltan
(IEC 61000-
3-3)
Mematuhi
KEIMUNAN ELEKTROMAGNET
Semasa ujian imuniti yang diterangkan di bawah dijalankan, Normatec 3 terus memberikan
terapi seperti biasa. Peralatan ini adalah untuk digunakan dalam persekitaran elektromagnet
yang dinyatakan di bawah. Pengguna peralatan ini hendaklah memastikan bahawa peralatan
digunakan dalam persekitaran sedemikian.
Keimunan
Terhadap
Tahap Pematuhan
(unit kawalan ini)
Persekitaran Elektromagnet
Nyahcas
elektrostatik,
ESD (IEC
61000-4-2)
± 8 kV Langsung
± 2,4,8,15 kV
Lantai mestilah kayu, konkrit atau jubin
seramik. Jika lantai ditutupi dengan bahan
sintetik, kelembapan relatif perlu dipastikan
berada pada tahap yang dapat mengurangkan
cas elektrostatik kepada tahap yang sesuai.
Summary of Contents for Normatec 3
Page 2: ......
Page 15: ...Normatec 3 1 949 565 4994 1 949 565 4994 1 949 565 4994 IP21 12 5 mm 1 2 3 BG...
Page 16: ...Normatec 3 Normatec 3 IP21 BF...
Page 62: ...Normatec 3 1 949 565 4994 1 949 565 4994 1 949 565 4994 IP21 12 5 mm 1 2 3 EL...
Page 63: ...DVT Normatec 3 Normatec 3 IP21 BF...
Page 262: ......
Page 263: ......