30
Cara Menggunakan Cerek
(samb.)
Untuk menukar Masa Mula yang telah di set sebelumnya, tekan dan
tahan butang (PROGRAM) selama 2 saat dan lampu (PROGRAM)
akan berkelip. Ubah tetapan seperti yang dijelaskan sebelumnya. Lampu
(PROGRAM) akan dimatikan selepas 3 saat untuk mengesahkan
tetapan Masa Mula. Tekan butang (PROGRAM) untuk mengaktifkan
Masa Mula. Lampu akan menyala untuk mengesahkan tetapan.
Jika tidak ada perubahan yang dibuat pada Masa Mula, tekan butang
(PROGRAM) untuk mengaktifkan Masa Mula. Lampu akan menyala untuk
mengesahkan tetapan.
Apabila Masa Mula sama dengan masa sebenar, lampu (PROGRAM)
akan dimatikan dan lampu (ON/OFF/Standby) akan menyala. Masa
Mula, Masa Pratetap, dan Masa Kekal Suam (jika sudah ditetapkan)
akan disimpan dalam memori. Apabila suhu air mencapai suhu yang
diinginkan, tapak cerek akan berbunyi dua kali dan beralih ke mod Kekal
Suam. Apabila masa Kekal Suam tamat, tapak akan berbunyi dua kali
dan cerek akan dimatikan.
Sekiranya lantai cerek berubah warna: Adalah normal untuk elemen
pemanasan keluli tahan karat berubah warna. Ini tidak mempengaruhi
prestasi Cerek. Jangan gunakan span pembersih atau pencuci yang
kasar kerana ini boleh merosakkan permukaan keluli tahan karat.
Sekiranya cerek mendidih hingaa kering: Elemen pemanasan dilindungi
oleh dua alat keselamatan automatik. Sekiranya Cerek anda dihidupkan
secara tidak sengaja tanpa mengisi air, atau dibiarkan mendidih sehingga
kering, Cerek akan dimatikan dan lampu pada skrin paparan akan
berkedip secara automatik dan penggera akan berbunyi.
Anda seharusnya:
• Tekan (ON/OFF/Standby) untuk mematikan, cabut plag, dan tunggu
kira-kira 20 minit sehingga elemen sejuk.
• Isi semula cerek; kemudian gunakan seperti biasa dan periksa sama
ada Cerek berfungsi dengan betul.
Sekiranya Cerek tidak berfungsi:
• Adakah anda menekan butang (ON/OFF/Standby) ke kedudukan ON?
• Sekiranya Cerek memanas tetapi tidak mendidih, ia mungkin perlu
dibersihkan (lihat bahagian "Penjagaan dan pembersihan").
• Adakah Cerek telah dihidupkan secara tidak sengaja tanpa mengisi
air atau dibiarkan mendidih hingga kering? Tekan butang (ON/OFF/
Standby) untuk bersedia atau cabut plag, tunggu sehingga 20 minit,
dan cuba lagi.
• Adakah kabel dipasang ke soket dengan kuat dan Cerek diletakkan
pada tapak cerek dengan kasar?
Penapis Jejaring Anti Skala: Serpihan halus
terjadi disebabkan oleh kapur dan kalsium
yang berada didalam air liat. Penapis Jejaring
akan menapis serpihan halus keluar dari
Cerek semasa menuang air. Penapis harus
dibersihkan secara berkala untuk memastikan
prestasi optimum.
Untuk membersihkan penapis, cabut Cerek
dan biarkan sejuk. Tarik tab penapis untuk
menggelangsar penapis keluar.
Untuk menggantikan penapis, selaraskan
penapis dengan tab ke arah bahagian dalam Cerek dan gelangsarkan ke
tempatnya hingga terkunci pada tempatnya.
Summary of Contents for 41028-SAU
Page 9: ...9...
Page 10: ...11...
Page 11: ...10...
Page 12: ...13...
Page 13: ...12...
Page 14: ...15 71 82 82 88 93 100 3 1 4 3 5 3 5...
Page 15: ...14...
Page 16: ...17...
Page 17: ...16...
Page 18: ...18 ZH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 ASTA B S 1362...
Page 19: ...19 3 WEEE...
Page 20: ...20 w 41028 SAU K58 220 240 V 50 60 Hz 1850 2200 W...
Page 22: ...22 2 3 20 20...
Page 23: ...23 177 1 71 80 82 88 93 100 2 1 3 3 4 3 5 5...
Page 24: ...24 1 2 3 2 5 4...
Page 25: ...25...
Page 33: ...33...
Page 41: ...41...