80 www.electrolux.com
Pada masa kecemasan apabila mesin
mengalami kegagalan fungsi dan pintu
dikunci. Mesin akan meneruskan
program basuh apabila bekalan elektrik
kembali. Jika pintu dikunci disebabkan
oleh kegagalan fungsi mesin, pintu boleh
dibuka dengan pembukaan pintu semasa
kecemasan.
Sebelum pintu dibukakan:
12.2
Membuka Pintu Mesin Semasa Kecemasan
Pastikan suhu air dan pakaian di
dalam mesin tidak panas. Sila tunggu
sehinnga suhu air dingin.
Amaran!
Pastikan tab basuh tidak berputar.
Tunggu sehinnga tab basuh berhenti.
Pastikan paras air di dalam tab basuh
tidak tinggi. Sila buatkan pengaliran
air kecemasan. (rujuk kepada “Saliran
Kecemasan” pada halaman 75)
Untuk membuka pintu semasa
kecemasan, sila:
1. Tekan butang “On/Off” untuk
memadamkan mesin.
2. Cabutkan bekalan elektrik.
3. Buka pintu penapis.
4. Gunakan alat yang sesuai untuk
menarik tali pengikat buka kunci
kecemasan (pengikat merah) ke arah
bawah sebanyak dua kali (anda akan
mendengar bunyi “klik”) dan kemudian
tahan, pada masa yang sama tarik
pemegang pintu untuk membuka pintu.
Jika pintu tidak boleh dibuka semasa
memegang tali pengikat, cuba
lepaskannya dan kemudian buka pintu.
5. Keluarkan pakaian.
6. Tutup pintu penapis.