![Bosch MultiTalent 3 MCM3 GB Series Instruction Manual Download Page 18](http://html.mh-extra.com/html/bosch/multitalent-3-mcm3-gb-series/multitalent-3-mcm3-gb-series_instruction-manual_43195018.webp)
18
ms
Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Gunakan peranti hanya untuk kuantiti dan
masa pemprosesan domestik.
Perkakas ini sesuai untuk mengadun, menguli, memukul, memotong
dan memarut makanan. Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan yang lain. Aplikasi tambahan boleh
digunakan, apabila menggunakan aksesori lain yang diluluskan oleh
pengilang. Gunakan alat hanya dengan bahagian dan aksesori asli
yang diluluskan. Jangan gunakan pemasangan ini untuk peranti
lain. Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu
bilik dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan bersama
manual ini. Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan
perkakas dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti
kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan / atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Jangan menggunakan perkakas jika kord kuasa
dan/atau perkakas telah rosak. Sebelum menggantikan aksesori
atau alat ganti tambahan, yang bergerak semasa operasi, matikan
perkakas dan putuskan sambungan bekalan kuasa. Sentiasa cabut
palam perkakas dari bekalan jika ia ditinggalkan tanpa dijaga dan
sebelum memasang, menyahpasang atau membersihkannya.
Jangan meletakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau
permukaan yang panas.
Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak mestilah
digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya atau
orang yang sama kelayakannya. Hanya perkhidmatan pelanggan
kami boleh membaiki perkakas.