
7
ms
Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan
simpan! Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan
yang berlaku. Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut
spesifikasi pada plat kadaran. Penggunaan perkakas untuk
memproses kuantiti makanan yang biasa untuk kegunaan domestik.
Mesin ini hanya sesuai untuk pengunaan persendirian rumah
tangga dan di sekitar rumah.
Perkakas ini hanya sesuai untuk memotong kecil dan
mencampurkan bahan makanan. Ia tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan yang lain. Gunakan perkakas ini
hanya dengan bahagian dan alat ganti yang tulen.
Sentiasa cabut palam perkakas dari bekalan jika ia ditinggalkan
tanpa dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang atau
membersihkannya. Pengesyoran: Jangan hidupkan perkakas untuk
jangka waktu yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk
penyediaan bahan campuran.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut. Jangan letak
perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan panas, seperti
plat panas. Bekas pengadun tidak sesuai digunakan di dalam
ketuhar gelombang mikro.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
Arahan keselamatan
W
Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda kerosakkan pada unit asas
dan aksesori. Pembaikan pada peralatan dan aksesori hanya boleh
dilakukan oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya.
Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak mestilah
digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya atau
orang yang sama kelayakannya. Sentiasa awasi perkakas semasa
menggunakannya!
Summary of Contents for MSM64...GB Series
Page 2: ...en English 3 ms Bahasa Melayu 7 zf 繁體中文 12 zh 简体中文 15 ar العربية 21 ...
Page 25: ......
Page 27: ...12 ...
Page 28: ......