![Bosch MFQ3630DGB Instruction Manual Download Page 8](http://html.mh-extra.com/html/bosch/mfq3630dgb/mfq3630dgb_instruction-manual_46805008.webp)
8
Untuk keselamatan anda
ms
Untuk keselamatan anda
Sebelum penggunaan, sila baca arahan ini dengan teliti untuk
membiasakan diri dengan arahan penting tentang keselamatan dan
pengendalian peralatan ini.
Jika arahan bagi penggunaan peralatan yang betul tidak dipatuhi,
liabiliti pengeluar bagi apa-apa kerosakan yang terjadi akan
dikecualikan. Peralatan ini direka bentuk untuk memproses
kuantiti isi rumah biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam
penggunaan bukan perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian
termasuklah, contohnya penggunaan dalam dapur pekerja di kedai,
pejabat, pertanian dan perniagaan komersial yang lain, dan juga
digunakan oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan tempat
kediaman yang serupa. Guna peralatan untuk memproses kuantiti
makanan yang biasa untuk kegunaan domestik.
Pengadun tangan adalah sesuai untuk mengadun makanan seperti
doh atau makanan cecair atau untuk krim putar. Pengadun tangan
berkelajuan tinggi adalah sesuai untuk memotong atau mengadun
makanan.
Ia tidak boleh digunakan untuk memproses objek atau bahan lain.
Sila simpan Arahan pengendalian di tempat yang selamat. Jika
peralatan diserahkan kepada pihak ketiga, Arahan pengendalian
hendaklah sentiasa disertakan.
Arahan keselamatan umum
W
Risiko kejutan elektrik
Gunakan peralatan ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut. Peralatan ini
tidak harus digunakan oleh kanak-kanak. Peralatan dan kord kuasa
mesti dijauhkan daripada kanak-kanak. Peralatan boleh digunakan
oleh orang yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, jika mereka telah diberi
penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan peralatan dengan
cara yang selamat dan jika mereka memahami bahaya yang terlibat.
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan peralatan.
Sambung dan kendalikan peralatan hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Jangan gunakan peralatan jika kord kuasa
dan/atau peralatan telah rosak. Sentiasa cabut palam peralatan
daripada bekalan, jika ia ditinggalkan tanpa dijaga dan sebelum
memasang, menyahpasang atau membersihkannya. Jangan
letakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau permukaan
yang panas. Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang
rosak mestilah digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan
pelanggannya atau orang yang sama kelayakannya.
MFQ3630DGB_8001033776.indb 8
26.01.2016 09:44:27