9
Arahan keselamatan
ms
Kandungan
Pengendalian mengikut peraturan..............8
Arahan keselamatan...................................8
Sepintas lalu .............................................10
Sebelum penggunaan kali pertama ..........10
Alat ...........................................................10
Pengendalian............................................10
Penjagaan dan pembersihan harian.........
11
Resipi........................................................
11
Arahan tentang pelupusan .......................13
Syarat-syarat waranti................................13
Tahniah kerana membeli peralatan
Bosch baru anda. Anda boleh
mendapatkan maklumat lanjut tentang
produk kami di halaman web kami.
W
Risiko kecederaan!
Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh. Jika bekalan kuasa terganggu,
perkakas masih hidup dan dimulakan semula apabila bekalan
pulih. Matikan perkakas serta-merta. Sentiasa awasi perkakas
semasa menggunakannya! Jangan sesekali biarkan perkakas
beroperasi lebih lama daripada yang diperlukan untuk memproses
bahan makanan. Selepas penggunaan perkakas, tunggu sehingga
pemacu berhenti sepenuhnya. Sebelum menukar alat ganti
atau tambah, yang bergerak semasa pengendalian, perkakas
mestilah dimatikan dan dipisahkan dari punca kuasa. Jangan
mengoperasi mesin dalam keadaan tanpa beban. Jangan sesekali
menyentuh bahagian yang berputar. Lindungi rambut panjang
atau baju yang longgar, supaya ia tidak termasuk dalam alat yang
memutar. Gunakan perkakas ini hanya dengan bahagian dan alat
ganti yang tulen. Hanya pasang alat jenis sama berpasangan
(contohnya 2x cangkuk penguli).
W
Bahaya kebakaran!
Berhati-hati semasa menyediakan bahan adunan panas. Bahan
adunan panas boleh terpercik keluar semasa penyediaan.
W
Penting!
Perkakas mestilah dibasuh seperti yang dijelaskan selepas setiap
penggunaan atau selepas tidak menggunakannya untuk jangka
waktu yang panjang.
X
“Penjagaan dan pembersihan harian” lihat
halaman 11