Item Peresap: Ultrasonik Aria
Produk No.: PZ-UA040
Dimensi: (220 x 220 x156mm)
Bahan yang digunakan untuk Tapak Peresap: Kayu Mapel
Bahan untuk Penutup Peresap: Kaca
Bahan untuk Takungan Air Peresap: Polipropilena
Berat:1109g
Kawasan Liputan: Kira-kira. 430 kaki persegi.
Waktu Tetapan Fungsian Peresapan: 2jam/6jam/12jam(berjeda)
Warna LED: 5 tetapan warna lembut berlainan LED, sian, hijau, jingga, biru, jingga,
kirana 5 warna dan off/dimatikan)
Julat Kawalan Jauh (Inframerah): Kira-kira. 26 kaki (8 m.)
Kapasti Takungan Air: 280 +/- 10ml
Frekuensi Ultrasonik: 1.7 juta gelombang sesaat
Input Kuasa: AT 24V 12W
Penyesuai: Penyesuai AU 100~240V 50/60Hz
Diameter Partikal Beratom: 5μm
Jenis Air: Air paip bersuhu bilik, mata air, atau air suling
Alam Sekitar Penggunaan: Dalaman
Spesifikasi
• Periksa aras Takungan Air untuk melihat sama ada ia kosong atau melebihi
Penunjuk Merah Aras Air Maksimum
• Periksa sama ada Penyesuai Kuasa dipalam dengan sempurna ke alur luar
dinding dan Alur Masuk Kuasa peresap.
• Pastikan alur keluar kuasa berfungsi (cuba satu lagi alur keluar).
• Pastikan lubang Alur Keluar Udara terbuka.
• Pastikan tiada enapan minyak pati pada Plat Kabus Jika ada enapan
minyak, baca arahan pembersihan.
• Pastikan Alur Masuk Udara di bawah peresap adalah bebas daripada
apa-apa halangan atau serpihan yang boleh mengehadkan aliran udara.
Penyelesaian Masalah
Jika peresap tidak berfungsi dengan sempurna, tanggalkan palam unit sebelum
menjalankan perkara berikut:
1. Tanggalkan palam peresap serta-merta dan jangan gunakan peresap jika ada
asap atau bau terbakar
2. Gunakan air paip suhu bilik, mata air, atau air suling.
3. Jangan sekali-kali balut penyesuai dengan kain, kertas dsbnya. Tindakan
sedemikian boleh merosakkan peresap.
4. Jangan sentuh penyesuai dengan tangan basah kerana kejutan elektrik atau
kecederaan boleh berlaku.
5. Jangan nyahpasang atau cuba membaiki peresap, ini akan membatalkan
jaminan.
6. Jangan masukkan peresap di dalam air.
7. Tanggalkan palam semasa mengisi semula, membersihkan atau mengalihkan
peresap.
8. Jauhkan peresap daripada capaian kanak-kanak.
Arahan Penjagaan dan Keselamatan
Sila baca dan ikuti garis panduan keselamatan untuk memastikan pengendalian
peresap yang selamat.
9. Jangan keluarkan atau letakkan objek di dalam Takungan Air semasa operasi.
10 Jangan masukkan jari ke dalam air semasa pengendalian, ini boleh
menyebabkan kecederaan.
11. Jangan masukkan bahan kimia berasid atau beralkali ke dalam Takungan Air.
12. Hanya gunakan Penyesuai Kuasa yang dibekalkan dalam pakej atau oleh
Young Living.
13. Jangan goncang peresap tersebut.
14. Apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh pengguna tidak layak untuk
penggantian oleh Young Living.
15. Jangan gunakan objek logam untuk membersihkan Plat Kabus. Hanya
gunakan swab kapas atau kain yang dicelup dalam alkohol atau detergen ]
neutral.
16. Jangan gunakan produk bagi tujuan selain yang disenaraikan di dalam
manual ini.
17. Jika unit tersebut tidak dipakai bagi tempoh yang berpanjangan atau perlu
dialihkan, tanggalkan Penyesuai Kuasa, kosongkan Takungan Air dan lapkan
unit tersebut dengan bersih sebelum disimpan.
18. Bersihkan unit sebelum bertukar ke minyak pati yang berlainan.
19. Produk ini direka bentuk untuk menggunakan minyak pati tulen, semulajadi
100%. Wangian kimia, rempah atau minyak pati tidak tulen boleh
menyebabkan kerosakan pada produk.
20. Jangan isi air melebihi Petunjuk Merah Aras Air Maksimum .
21. Jangan alihkan produk semasa beroperasi. Tarik pada Penyesuai Kuasa dan
bukannya pada wayarnya untuk menanggalkannya.
22. Jangan letakkan produk di tempat yang terdedah kepada sinaran matahari
secara langsung atau dekat dengan peti sejuk, kipas atau persekitaran yang
panas.
23. Letakkan peranti pada permukaan yang datar dan pejal dan bukannya pada
permukaan yang tidak datar dan/atau tidak stabil seperti permaidani atau
karpet dsbnya.
NOTIS:
Sila pastikan anda melengkapkan borang pemulangan YLEO dan hantar kembali
semua barang-barang disenaraikan untuk pemprosesan pulangan anda tepat pada
masanya. Jika YLEO mendapati, berdasarkan penilaian dan pemeriksaan pembaur,
bahawa kecacatan atau kerosakan dilindungi di bawah waranti, YLEO akan
menghantar pembaur penggantian tanpa sebarang caj tambahan.
68
69