63
paya klip tiang berada dalam keadaan yang baik dan telah dibuka dengan betul. (gam-
barajah 3)
4. Ketatkan skru tiang dengan baik supaya tiang akan dipasang dengan betul pada ba-
hagian bawahnya. (gambarajah 4)
5. Tekan penyangkut pada bahagian atas tiang secara menegak sehingga bunyi klik ke-
dengaran. (gambarajah 5)
6. Selaraskan tiang kepada ketinggian maksimum dengan menggelongsorkan ke atas
dan kemudian mengunci kedua-dua klip. (gambarajah 6a, 6b)
7. Pasangkan kepala alat stim antara cangkuk penyangkut
Mengisikan tangki air
Pastikan alat stim dicabut daripada sumber elektrik. Tanggalkan tangki air daripada ba-
hagian bawah perkakas dengan menarik pemegang ke atas (gambarajah 7). Buka penu-
tup tangki dan isikan dengan air. (gambarajah 8). Kapasiti maksimum dinyatakan dengan
tanda "max".
• Alat stim mesti diisikan dengan AIR PAIP. Jika air di kawasan anda merupakan air keras
(mengandungi mineral yang banyak), kami menggalakkan supaya campuran separuh
air paip dan separuh air suling digunakan untuk mengurangkan kekerasan air. Anda
juga boleh menggunakan air mineral.
• Selepas menutupkan penutup, turunkan tangki dan pegang pemegang tangki. Pastikan
tiada air yang menitis keluar melalui penutup.
• Letakkan tangki pada bahagian bawah tiang (gambarajah 9).
PENGANGKUTAN
• Hanya jalankan alat stim di atas lantai yang bebas daripada benda-benda yang mung-
kin boleh menghalang bahagian bawah perkakas (permukaan mesti mendatar). Jangan
letak halangan pada bukaan-bukaan di bahagian bawah perkakas. Perkakas ini tidak
boleh digunakan atas permaidani yang tebal.
• Buka jalur Velcro dan hulurkan kabel elektrik. (gambarajah 10)
• Plagkan ke dalam soket elektrik. (gambarajah 11)
• Buka perkakas dengan menekan rakap di hadapan perkakas. Lampu penunjuk akan ber-
nyala. (gambarajah 12)
• Perkakas akan mula mengeluarkan stim selepas kira-kira 60 saat.
• Gantung pakaian daripada penyangkut perkakas atau penyangkut lain yang dapat di-
gantung daripada cangkuk pada batang penyangkut. Untuk stimkan seluar, kami men-
cadangkan bahawa sokongan dengan klip seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah
juga boleh digunakan. (gambarajah 14)
• Genggam kepala pengewap dengan liang wap menunjuk jauh dari anda.
• Mulakan proses stim dengan memberuskan kain secara perlahan-lahan dan gerakkan
berus ke atas dan ke bawah secara menegak. Berus kain membuka tenunan fabrik untuk
penembusan wap yang lebih baik.
PENTING: Jangan menggunakan air yang mengandungi bahan aditif (kanji, air wangi,
bahan-bahan aromatik, pelembut, dll.) di dalam alat stim. Bahan-bahan aditif seperti
ini boleh memberi kesan kepada sifat-sifat stim dan membawa kepada pembentu-
kan deposit kerak.
Amaran: Jangan stimkan pakaian semasa dipakai.
Paip fleksibel dan hujung kepala alat stim boleh menjadi sangat panas semasa di-
gunakan. Keadaan ini adalah normal. Berhati-hati dan cuba elakkan daripada tersentuh
untuk jangka masa lama.
FR
EN
PT
EL
AR
IR
TH
ZH
MS
9100021246-01 IS6200 M2-D2.qxp_110X154 08/07/2016 10:39 Page63
Содержание MINUTE STEAM GENERATOR
Страница 1: ...9100021246 01 27 16 9100021246 01 IS6200 M2 D2 qxp_110X154 08 07 2016 10 38 Page1 ...
Страница 52: ...47 TH 9100021246 01 IS6200 M2 D2 qxp_110X154 08 07 2016 10 39 Page47 ...
Страница 53: ...48 9100021246 01 IS6200 M2 D2 qxp_110X154 08 07 2016 10 39 Page48 ...
Страница 54: ...49 9100021246 01 IS6200 M2 D2 qxp_110X154 08 07 2016 10 39 Page49 ...
Страница 55: ...50 9100021246 01 IS6200 M2 D2 qxp_110X154 08 07 2016 10 39 Page50 ...
Страница 56: ...51 9100021246 01 IS6200 M2 D2 qxp_110X154 08 07 2016 10 39 Page51 ...