3
Pasangkan TV di atas rak TV dan lantai yang stabil
serta boleh menyokong berat TV anda. Pastikan
permukaan rak TV adalah rata dan luasnya adalah
lebih besar daripada luas permukaan bawah TV.
Jangan sambungkan terlalu banyak perkakas
elektrik kepada satu soket kuasa. Jangan rosakkan
wayar.
Pegang palam untuk menarik keluar wayar kuasa
TV. Jangan terus tarik wayar kuasa. Walaupun
TV anda telah ditutup, TV anda masih
bersambung kepada sumber kuasa AC (kuasa
utama) selagi wayar kuasa TV disambungkan ke
soket. Cabut wayar kuasa TV sebelum
memindahkan TV anda atau jika anda tidak
menggunakan TV untuk beberapa hari.
Untuk mengelakkan dari berlakunya kebakaran
atau litar pintas, jangan dedahkan TV kepada
hujan atau kelembapan.